4 Ciri-Ciri Utama Pasangan Yang Suka Mempermainkan Perasaan Anda.

 

Setiap hubungan pasti ada sahaja pasangan yang gemar mempermainkan hati dan perasaan. Mungkin pada niat asalnya hanya mahu menguji kekasihnya, namun apa yang dirasai oleh pasangannya adalah dipermainkan sahaja. Hati-hati. Adakah anda tergolong dalam golongan pasangan sebegini? Jom semak.

1. Tidak berminat mendengar apa yang anda bicarakan.

Si dia mempunyai ego yang tinggi dan sangat mustahil bagi anda untuk berjaya dalam melontarkan apa-apa cadangan atas perkara tertentu kerana bagi mereka, setiap apa yang diperkatakan oleh kamu terutamanya tidak boleh diterima pakai.

Dirinya sahaja yang betul maka setiap keputusannya adalah yang terbaik. Pasangan sebegini kelihatannya lebih mendominasi situasi dan keadaan, malah membuatkan kekasihnya menjadi lebih takut dan pendiam. Kekasihnya lebih mengikut telunjuknya sahaja.

2. Suka menilai atau menghakimi orang lain secara rambang.

Apabila berdepan dengan situasi ini, anda tidak mempunyai pilihan lain selain menjauhkan dirinya daripada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kalian berdua. Dengan kata lain, pandangannya terhadap orang lain bakal mengundang pertengkaran dan pergaduhan besar jika tidak cuba dielakkan sejak awal.

Masalah dengan suka menghakimi orang lain adalah penghakimannya selalu tersasar kerana pasangan anda suka sangat menilai pada luaran sahaja. Disangka orang lain yang senyum pada anda itu, pasti mempunyai apa-apa hubungan dibelakangnya.

3. Selalu merendahkan diri anda.

Pasangan anda mempermainkan perasaan anda dengan suka merendahkan diri anda. Malah dengan secara tidak sedar merendahkan diri anda dikhalayak orang ramai pula. Tambahan segala kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri anda, hanya nampak remeh padanya. Sebagai contoh jika anda hebat memasak, pasti dia akan mengatakan dirinya lebih hebat memasak walhal sekali pun anda tidak pernah menjamah apa yang dimasaknya.

4. Mudah naik marah dengan perkara kecil.

Pasangan anda mempunyai sikap panas baran dan suka melempiaskan marahnya walaupun pada perkara atau isu yang kecil sahaja. Si dia tidak pernah memahami perasaan anda kerana hal yang kecil itu lah kadang-kala boleh menggembirakan hati anda.

Ada saja bahan untuk dia marah dan melenting dengan tiba-tiba. Oleh kerana apa yang dia nampak dihadapannya kelihatan tidak betul, maka sangat mudah mereka untuk berasa marah kerana tidak berkenan di matanya.

Dengan kata lain, apa yang ada dihadapannya jika tidak mengikut apa yang dia inginkan, keingkaran orang lain ibarat mencabar kemahuannya. Berdepan dengan pasangan sebegini, sedikit sebanyak akan membuatkan kekasih atau temannya berasa serabut dan tidak selamat.

Pasangan sebegini memerlukan sokongan dan dorongan untuk memperbaiki sikapnya yang kadang-kala suka mempermainkan perasaan orang lain. Jika berkesempatan, jumpalah dengan pakar kaunselor untuk dirawat, jika orang terdekatnya tidak mampu menolong untuk memperbaiki sikapnya.

Jika anda masih lagi belum berkahwin, dan memiliki pasangan sebegini, tiba masanya untuk anda berfikir membuat keputusan sama ada  mahu meneruskan kehidupan bersama dengannya atau tidak? Mahu sama-sama memperbaiki kelemahan atau tidak? Jika sikap ini memang tidak boleh diubah, apa lagi yang anda boleh lakukan…?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen