Ini Sebabnya Mengapa Si Dia Mula Abaikan Anda, Mari Ketahuinya.

 

Pada awal perhubungan biasanya kita akan kelihatan begitu teruja dengan perhubungan tersebut. Kegembiraan sangat terpancar di wajah seseorang yang baru sahaja bercinta. Mana tidaknya, pada ketika itu semua perkara kelihatan begitu indah dan sweet sekali. Tambah-tambah pula, ia seolah-olah seseorang sangat berikan tumpuan yang cukup pada kita.

Namun begitu, setelah beberapa bulan ataupun tahun, tiba-tiba sikap pasangan mula berubah. Dirinya mula bertindak dingin serta mula mengabaikan anda. Sudah pasti lah anda bimbang akan kelakuannya tersebut. Mana tahu jika si dia berlaku curang di belakang anda bukan. Jika tidak curang apa sebab lain dirinya berubah? Mari ketahuinya.



1. Anda melakukan salah.

Perkara yang paling utama anda perlu lihat apabila sikap dirinya berubah adalah kelakuan anda. Mana tidaknya mungkin ada melakukan kesalahan dan sembunyikannya. Namun, dirinya berjaya menangkap perbuatan anda. Jadi lebih baik anda jujur sahaja apabila melihat dirinya sudah mula mengabaikan anda itu. Mula lah lihat balik setiap kesalahan yang ada sembunyikan itu, mana tahu ada yang kantoikan kelakuan anda itu.

2. Dia berada dalam masalah.

Apabila terlibat dalam sesuatu masalah, seseorang itu lebih mudah untuk mendiamkan diri berbanding meluahkan rasa hatinya. Jadi sebab terlalu banyak mendiamkan diri serta rasa kerisauan itu maka ia mula mengabaikan orang disekelilingnya. Bukan apa dirinya rasa seperti tidak selesa dan sedang mencari punca penyelesaian masalahnya. Itu sebab lah dirinya stress memanjang dan mengabaikan anda.



3. Dia terluka kerana perbuatan anda.

Kadang kala kita melakukan kesalahan tanpa sengaja. Bagi kita mungkin ia perkara yang biasa, jadi tidak perlu berkecil hati. Namun buat pasangan, ia mungkin satu perkara yang tidak perlu dilakukan kerana ia boleh mengecilkan hati sesiapa sahaja. Jadi, sudah pasti lah dirinya terkecil hati dengan kata-kata atau perbuatan anda itu. Cuba anda lihat kembali kelakuan anda itu.

4. Perubahan sikap adalah perkara yang normal.

Anda perlu tahu akan perkara ini. Perubahan sikap adalah perkara yang normal terhadap diri seseorang. Terutama jika anda dan dirinya sudah menjalinkan hubungan yang agak lama, maka dengan itu dia akan mula berubah dari hari ke hari kerana merasakan anda terlalu selesa atau dia yang terlalu selesa.

Ini adalah sebab biasanya seseorang itu mula mengabaikan anda, itu pun jika dirinya tidak berlaku curang dibelakang anda. Jadi hati-hati dengan perkara ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,600 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen