5 Tanda Teman Lelaki Anda Adalah Seorang Yang Degil.

 

Tidak semua wanita boleh berhadapan dengan lelaki yang degil dan keras kepala ini, kerana mereka mempunyai ego yang lebih tinggi berbanding wanita. Jika ada wanita yang dapat melenturkan degil mereka, pasti mereka adalah insan yang istimewa di hati lelaki tersebut.

Jom ketahui tanda-tanda teman lelaki anda adalah seorang yang degil dan keras kepala.…

1. Tetap mempertahankan setiap pendapatnya.

Setiap pendapat dan keputusannya adalah muktamad. Bagi anda kemungkinan pendapatnya salah, namun tidak bagi lelaki ini. Lelaki ini masih mahu mempertahankan setiap pendapatnya kerana sangat berkepimpinan tinggi, dan jangan dipersoalkan tentang pimpinannya itu. Lelaki ini juga sukar untuk dipujuk rayu untuk mengubah pendapat, kerana sikapnya yang degil

2. Sukar mengaku kesilapan.

Lelaki ini sukar mengakui kesilapan setelah membuat kesalahan. Kadang-kala lelaki ini terus sahaja mengakui tiada kesilapan yang dilakukan, namun setelah beberapa jam, minit dan saat, lelaki ini akan berfikir sendirian tentang kesalahannya tersebut. Namun, walaupun dalam dirinya sedar akan kesalahan tersebut, mereka masih tidak mahu mengakuinya dan sukar meminta maaf pula. Mengaku dirinya salah sangat merendahkan taraf sebagai seorang lelaki.

3. Bagi mereka kesilapan yang dilakukannya tidaklah besar.

Apabila sukar mengakui kesilapannya sendiri, namun apabila tersedar mereka mengatakan kesilapan yang dilakukan hanyalah kecil sahaja. Jadi, tidak elok untuk dihebohkan pada orang ramai. Terutama ketika bercinta, lelaki ini memang sukar mengalah.

Umum semua tahu hati wanita apabila disakiti , mereka sangat menginginkan dipujuk oleh lelaki. Pengakuan kesilapan daripada seorang lelaki sebenarnya mampu memulihkan luka seorang perempuan. Tetapi lelaki ini hanya mengendahkan sahaja.

4. Terlalu yakin dengan diri sendiri.

Pandangan orang lain terhadap lelaki sebegini adalah “Macam bagus…” Atau “Bajet bagus..” kerana lelaki ini mempunyai perasaan yang abnormal. Iaitu dirinya sentiasa memiliki kelebihan berbanding orang lain dan sangat gemar kepada penghargaan malah sanjungan kepada dirinya tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Pada tahap ini boleh dikira sangat bahaya kerana ketaksuban dirinya untuk sentiasa berada dalam posisi lebih tinggi daripada orang lain bakal mengundang pertelingkahan dan sebagainya. Sangat merasa dirinya lebih hebat berbanding orang lain.

5. Sentiasa mengkritik tanpa sebab.

Lelaki ini gemar mengkritik tanpa sebab kerana apa sahaja yang ada didepan matanya semua tidak kena. Ada sahaja yang buruk bagi pandangannya. Mungkin lelaki ini seorang yang perfectionist juga. Bagi yang bercinta, segala tindakan teman wanitanya ada sahaja yang tidak kena dan tiada alasan yang munasabah mengapa dia selalu mengkritik anda.

Sikapnya yang paling parah adalah apabila segala bebanan diletakkan di atas bahu teman wanitanya seorang.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen