“Nak Tahu Wanita Lebih Complicated Atau Tidak?” Jom Lihat 10 Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita Ini.

 

Lelaki sering merungut kaum wanita adalah makhluk yang paling complicated atau merumitkan di atas muka bumi ini. Tetapi kaum wanita pula mengatakan lelaki yang lebih merumitkan, kerana tidak tahu perempuan jenis macam mana yang mereka suka.

Namun sedemikian, secara lahiriahnya apa yang kita boleh lihat perbezaan tersebut adalah seperti berikut…

1. Barang penjagaan diri di kamar mandi.

Wanita: Shower cap, body scrub, foot scrub, shampoo, perapi, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian.

Lelaki: Cuma perlukan 1 berus gigi, 1 ubat gigi, 1 sabun mandi, 1 pencuci muka dan 1 shampoo.

2. Barang penjagaan diri di meja solek.

Wanita: Toner, moisteriser, krim siang, krim malam, lotion, sikat jarang, sikat bulat, sikat petak, minyak wangi pelbagai haruman, hijab mist, face mist, setting spray dan pelbagai barang mekap.

Lelaki: Bedak, deodoran, sikat, minyak wangi.

3. Pergi membeli belah.

Wanita: 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap "shopping is the best therapy to release stressful". Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung.

Lelaki: Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar - bayar - balik.

4. Ketika berbual.

Wanita: Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, susah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki: Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.

5. Ketika menangis.

Wanita: Wanita memang mudah menangis kerana untuk melegakan perasaan, tetapi ada juga dikalangan kaum ini tidak tahu kenapa mereka menangis secara tiba-tiba.

Lelaki: Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang sangat menyentuh lubuk hatinya. Bukan kerana ego, tapi sememangnya itu kejadian Tuhan.

6. Ketika bermain game atau kuiz.

Wanita: Suka bermain game yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan. Atau bermain game yang santai dan cute. Malah apabila menjawab kuiz mereka teruja dengan jawapan tersebut dan kongsi dengan orang ramai.

Lelaki: Lebih suka dengan kuiz atau game yang menguji ketajaman minda dan mencabar.

7. Kasut.

Wanita: Sandal, selipar jepun, kasut kerja, sport shoes, kasut santai seperti sneakers, high heels untuk ke dinner, high heels untuk santai, wedges…

Lelaki: Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada.

8. Hadiah.

Wanita: Kaum wanita lebih suka pada kejutan apabila menyambut hari jadinya atau hari-hari yang penting seperti anniversary, hadiah pula mahukan coklat, bunga dan pelbagai barang yang cantik dan comel.

Lelaki: Kaum lelaki yang normal, mereka tidak suka birthday party. Memadai pasangannya memberi kucupan dipipi sahaja (bagi yang telah berkahwin), atau memberi hadiah yang simple. Tetapi mereka lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti peralatan game PS3 atau Televisyen LCD 32 inci. Memang mahal, kerana itu mereka tidak suka menyusahkan pasangannya.

9. Ketika menonton televisyen.

Wanita: Sinetron, drama korea dan segala drama bersiri yang memang penuh drama. Kerana itu kaum wanita ini memang penuh drama hidupnya.

Lelaki: Kaum ini lebih suka melayan movie, ringkas dan cepat habis.

*Tetapi rasanya kaum lelaki zaman sekarang juga sudah tidak kisah melayan drama melayu*

10. Bahan bacaan.

Wanita: Lebih sukakan bahan bacaan yang bersifat gosip, berkenaan artis, banyak gambar-gambar dan resepi masakan.

Lelaki: Sukakan sesuatu yang santai, kelakar, ilmiah dan yang menambahkan pengetahuan secara tidak langsung.

Jadi, adakah wanita ini memang complicated?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen