“Bila Nampak Kekurangan Dalam Rumahtangga Perbaiki, Bukannya Cari Peluang Tambah Cawangan Baru” – Ikuti Perkongsian Ini.

 

Hendak membina sebuah keluarga yang bahagia serta harmoni ini tidak susah sekiranya ia mendapat kerjasama yang baik dari kedua belah pihak. Sebab itu lah dalam keluarga ini jika salah seorang lakukan kesalahan tegur dengan cara elok, bukannya fikir bagaimana hendak mendapatkan pasangan yang lebih baik. Macam yang dikongsikan oleh Puan NurulAa Mustofa, tentang kesedaran suami atau isteri berserta tolak ansur ini mampu membina sebuah keluarga yang lebih harmoni.



Analisis PRU (Pembentukan RUmahtangga) ke 7.

1. Pembangkang.

Membangkang bukan bermaksud benci. Bangkang sebab sayang. Untuk check and balance kan? Kalau ada salah suami/isteri kena lah tegur. Kalau tak tegur, tak betulkan, diri sendiri juga nak menjawab nanti sebab itu tanggungjawab kita. Dalam memerintah kena telus, boleh di kritik dan menerima kritikan. Baru bangkang sekali dah kena cop macai susah laa kan. Haha.

Suami: Yang, jangan pakai lah tudung ni, macam pendek je. Pakai bawal je, kasi labuh sikit.
Isteri: Haaa abang ni nak jadi macai tudung bawal lettewww. #macaibawaldetected


2. Derma/Sedekah.

Sebaik-baik sedekah itu ialah kepada ahli keluarga. Kadang kadang kita ni sebab nak nampak bagus, belanja kawan-kawan office, open table sokmo. Tapi bila anak minta mainan RM 5.00 pun sibuk ungkit mainan yang kat rumah padahal anak patung tu dah tercabut kepala, kereta dah terkeluar tayar, basikal dah separuh hancur. Come on lah. Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik dengan isteri dan keluarganya. Dengan orang lain boleh cakap lembut, dengan suami, isteri, anak-anak kena lah laaaagiiii lembut. Tapi terbalik sekarang ni. Kan? Huhu. Semoga Allah ampunkan kita.

3. Janji / Manifesto.

Orang yang paling percaya dengan kita ialah suami/isteri. Sebab bila kepercayaan tu dikhianati, hilang lah sakinah dalam keluarga tu. Sebelum buat janji make sure kaji dulu, bukan main sedap tabur janji lepas tu bagi alasan macam-macam. Dah buat salah sekali, janji taknak buat lagi. Lepas tu tup tup buat juga. Alah, janji je pun, apa ada hal. Haaa. Sebab janji itu benchmark kepada orang munafik. Bila selalu sangat men'capati'kan janji, segala janji yang keluar lepas tu dah tak ada makna lagi. Sebab tu saya tak pernah janji dengan suami nak berhenti online shopping. Kah kah kah. Kalau suami bising, kita senyum jela. Hikss

4. Rombak kabinet.

Dalam rumahtangga pun macam tu juga. Job scope kena bertukar2. Kena saling bantu membantu. Kerja rumah adalah tanggungjawab bersama. Kalau suami cakap dia penat kerja, isteri pun kerja juga kat office tu. Tolak ansur lah kan. Lelaki yang sweet ialah lelaki yang rajin tolong cuci berak anak dan tolong buat kerja rumah. Tak kasi bunga coklat segala pun takpe. Hehe.



5. Hutang wajib dibayar.

Ceti utama suami ialah isteri dan ceti utama isteri ialah suami. Hahaha. Kan? Tapi kalau hutang tetap wajib dibayar, unless suami atau isteri tu halalkan dunia akhirat lah kan. Hutang kot. Orang mati syahid pun roh boleh tergantung sebab hutang. Ayat paling panjang dalam Quran pun cerita pasal hutang. Cuba bayar walaupun sikit. Sekurang-kurangnya kita ada usaha nak bayar.

6. Wajib taat pemimpin yang patuh pada Allah.

Pemimpin yg adil mestilah taat pada Allah, yg membawa ahli keluarganya dahulu mengenal Islam. Institusi paling dekat dengan kita ialah keluarga kita sendiri. Sayang macam mana kat isteri/anak pun, tapi nanti kat Mahsyar, tetap isteri dan anak tu akan saling mendakwa kita. Masa tu semua orang nak selamatkan diri sendiri je. Kat dunia ni kau sediakanlah mahligai besar, kereta mewah macam mana pun, tapi hal aqidah, aurat isteri dan anak kau tak jaga, tetap isteri dan anak akan jawap depan Allah, "suami/ayah kami tak suruh kami tutup aurat pun. Dia patut diazab. Bukan kami" Huwaaa. Takutnya. Sebab tu kalau nak pilih suami/pemimpin, bukan setakat nak bahagia di dunia je, it will affect your akhirat. Bukan nak mensyurga dan menerakakan orang, tapi in the end that is the only choice that you have. Nak duduk atas pagar? Silakan.

7. Bina semula keluarga.

Kalau kita nampak ada yang compang camping dalam keluarga, betulkan, bina semula keluarga, kekalkan yg baik. Bukan bina lagi satu keluarga ye. Haha. Mempertahankan rumahtangga itu adalah wajib, tambah cawangan satu lagi itu sunnah. Marilah kita mengerjakan yang wajib dahulu sebelum kita kerjakan yang sunnah. Hihi. Marriage bukan macam PRU ye, setiap 5 tahun tukar pemimpin. Always look for the best in each of you. Happy wife, happy life!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen