“Peranan Isteri Cuma Mengurangkan Bebanan Suami, Bukan Mengambil Alih Tanggung Jawab Suami..” Pesan Lelaki Ini.

 

Jom ikuti perkongsian dari lelaki ini berkenaan dalam rumah tangga….

ISTERI, JANGAN TERLALU BANYAK MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB KELUARGA SEHINGGA SUAMI RASA BANYAK MASA TERLUANG.

“Jika sebelum ni isteri hantar anak ke sekolah,isteri ambik anak dr sekolah, isteri bayar bil, isteri pergi pasar, isteri basuh baju sidai baju lipat baju, isteri memasak, isteri basuh pinggan, isteri buang sampah, isteri jaga anak, isteri ajar anak kerja-kerja sekolah dan segala-galanya isteri, maka serahkan sedikit tugas pd suami...

Bukan bermakna isteri tu tak mampu buat, tp bila segala-galanya isteri buat, suami akan mula cari "sesuatu" yg lain untuk dibuatnya...

Dan "sesuatu" yang lain itu boleh jadi yg membawa kebaikan kpd rumahtangga sekiranya digunakan seperti melangkah berjemaah di masjid, hadir ke kuliah agama dan sebagainya...

Dan "sesuatu" yang boleh membawa kemudaratan dan keretakan kpd rumahtangga itu seperti bermain game, keluar melepak dgn kawan-kawan, berhubungan dgn wanita lain dan sebagainya....

Sepatutnya isteri itu cuma membantu mengurangkan beban tanggungjawab suami, bukan mengambil alih beban itu ke bahu sendiri..”

ISTERI HANYA MEMPERJUANGKAN APA YG SEPATUTNYA DIA DAPAT.

“Benda yang dimintanya itu bukannya impian atau cita-cita dia, tapi sesuatu yg dah ditetapkan oleh agama utk diberikan oleh seorang suami kepada seorang isteri…Dia bukan mengada-ngada untuk nak sesuatu yg diluar kemampuan seorang suami, yang dia nak tu, apa yang sepatutnya disediakan suami kpd dirinya…

Kenapa kita tak nak bagi? Kenapa kita tak nak tunaikan? Kenapa kita tak nak penuhi? Kalau tak nak bagi, tak nak tunaikan, tak nak penuhi hak2 seorang isteri, KENAPA KITA BERKAHWIN? Apa tujuan sebenar kita berkahwin?...

Bila kita nak mengahwini seorang wanita tu, kita perlu niat yg kita BERKAHWIN KERANA ALLAH…ada tanggungjawab dan hak yg perlu dipenuhi apabila kita memilih utk berkahwin…tujuan kita berkahwin juga perlu jelas….

Antaranya ialah utk mencari redha Allah, meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w, mendapat keberkatan dari doa anak-anak yg soleh dan solehah, terhindar dari godaan syaitan, menjaga kemaluan drpd melakukan sesuatu yg keji, mendidik dan membimbing isteri dan anak2 ke jalan Allah, melayani dan menggembirakan isteri dan anak-anak dgn cara yg makruf dan sebagainya…

Jika anda berkahwin bukan dgn niat dan tujuan utk mencari redha Allah, maka tanya diri anda, kenapa anda berkahwin?...”

Semoga Bermanfaat Pada Kita Semua Terutamanya Yang Sudah Berkahwin Dan Bakal Berumah Tangga!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen