Sering Rasa Tidak Bahagia Dengan Pasangan Disebabkan Oleh Penyakit Hati. Jom Baca!

 

Sering kita mendengar orang yang baik pasti memiliki hati yang bersih. Jadi, adakah insan yang memiliki hati yang bersih ini dapat mengecapi kebahagiaan di dalam hidup? Apakah yang membuatkan dirinya sentiasa memiliki hati yang baik, telus dan bersih? Kebanyakan daripada mereka yang memiliki hati yang bersih adalah, jiwanya tenang dan tidak kacau bilau.

Manusia yang gagal mengawal emosi juga mempunyai masalah hati. Hatinya dirasakan remuk dan berkecai. Kesannya mempunyai pelbagai masalah yang sukar untuk diselesaikan iaitu sukar mengawal perbelanjaan iaitu kadang-kala terlalu boros, kadangkala terlalu kedekut dengan pasangan.

Kemudian tiada komunikasi dengan pasangan, lebih suka mendiamkan diri apabila mempunyai masalah. Lantas tidak pula menjaga solat dengan teratur. Semuanya tunggang langgang sahaja, lalu ekosistem diri menjadi negatif dan tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas.

Antara penyakit hati adalah seperti berikut;

HATI YANG TERCEMAR.

Seperti mempunyai hasad dengki, terlalu angkuh dan sombong pada pasangan, kemudian adanya perasaan ujub dan takkabur dalam diri.

HATI YANG PECAH.

Hati ini dimiliki oleh mereka yang melakukan maksiat, dan rasa tidak berdosa melakukan perkara tersebut.

HATI YANG TERTUTUP.

Pintu hati sudah tertutup! Begitulah kelakuannya ketika bercinta, tidak mengendahkan pasangan sebagaimana hatinya sudah tertutup pada peraturan Allah SWT. Sikapnya suka mempertikai atau memperlekehkan peraturan atau hudud yang telah ditetapkan oleh Allah.

Oleh disebabkan penyakit hati ini, ramai dikalangan kita mula memukul dan mendera pasangan, malah ada juga sanggup membunuh pasangan. Hatinya sudah tidak lagi rasa kebahagiaan bersama pasangan. Bukan sahaja menyampah, tetapi terlalu benci melihat pasangan apatah lagi mendengar suara. Bahaya!

Hati yang tertutup ini juga, hatinya sudah lagi tidak bersih, suci dan jernih kerana tidak pernah berbakti kepada ibu bapa, tidak rajin menghadiri majlis ilmu, tidak mengutamakan orang yang tidak berkemampuan dan tidak menurut perintah Allah SWT.

Apabila hatinya sudah tertutup, jadi bagaimana untuk menjaga hati pasangannya dengan sebaik mungkin?

Amanah yang Allah beri padanya iaitu hati tidak dijaga dengan elok, bagaimana pula untuk menjaga pasangan pemberian dari Allah juga?

Adakah dengan situasi begini pasangan akan menemui dan mengecapi kebahagiaan?

Oleh itu, setiap manusia terutamanya pasangan suami isteri perlu mengamalkan...

  • Solat Jemaah bersama.
  • Solat sunat bersama.
  • Membaca Al-Qur’an bersama.
  • Mempereratkan hubungan ukhwah bersama.
  • Berpuasa sunat bersama.
  • Membaca bahan bacaan ilmiah dan positif bersama.

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati adalah kunci keyakinan seorang insan terhadap penciptanya. Hati jualah sasaran syaitan untuk menjadikannya seorang yang lalai, ujub, zalim, malas dan ahli maksiat. Berhati-hatilah dalam memelihara hati.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,036 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen