Terlalu Emosi Ketika Bercinta? Jom Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Berasa Tenang.

 

Setiap manusia yang sedang bermain cinta, pasti satu hari akan berasa sangat emosi dengan pasangan. Sudah lumrah percintaan, setiap insan pasti akan mudah berasa gembira, bahagia, tetapi kadang-kala sedih pula, marah, geram malah tidak mahu bercakap dengan pasangan. Majoritinya wanita yang sering sahaja ada masalah dengan emosi secara terang-terangan.

Kaum lelaki lebih suka menyendiri ketika beremosi dan tidak suka menunjuk dirinya ketika sedang sedih atau menangis. Apa punca sebenarnya pasangan yang bercinta ini lebih beremosi berbanding sebelumnya? Mungkin kerana terlalu sayang pada pasangan, sehingga membelakangkan Allah SWT.  Secara tidak sedar, kelakuan kita sebenarnya ketika bercinta membuatkan kita terlupa pada Ilahi.

Oleh kerana itu, dalam Islam tidak menggalakkan untuk bercinta sebelum bernikah, bahkan pertunangan yang terlalu lama oleh kerana sebab ini. Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Hujurat: 14)

Seperti ayat diatas, sekiranya dalam hati tiada kehadiran Ilahi, tidak tetapkan keimanaan terhadap Allah SWT, jauhlah diri seseorang itu daripada pencipta-Nya.

SENTIASA MENCARI ALLAH SWT.

Janganlah ketika berduka dan emosi sahaja teringat pada-Nya, cari lah Dia dimana sahaja kita berada. Salah satu cara untuk berasa tenang ketika beremosi adalah, dengan;

  1. Sentiasa solat di awal waktu.
  2. Sekurang-kurangnya bacalah Al-Qur’an walaupun satu helaian untuk satu hari.
  3. Tidak jemu berdoa pada-Nya.
  4. Sentiasa menyebut Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.
  5. Dan bersangka baik dengan takdir yang telah disusun oleh-Nya.

TIDAK LARI GUNUNG DIKEJAR.

Terlalu risau jika tidak berjodoh dengan si dia. Sehingga terlalu kejar mengejar insan tersebut dan tidak yakin dengan takdir Allah yang telah ditentukan. Jika benar si dia adalah jodoh anda, pasti ada jodohnya, walaupun terlambat atau tersesat. Jangan terlalu emosi ketika bercinta. Jangan terlalu menginginkan padahal Allah akan memberi apa yang kita perlukan.

BUKAN CARI KEBENDAAN KETIKA BEREMOSI.

Ini kerana kita sering tersilap langkah ketika berasa tertekan dan emosi. Yang sudah pasti dan jelas, asalkan stress, mahu makan sebanyak mungkin, habiskan duit perbelanjaan, menonton wayang, pergi spa atau treatment rambut pula. Padahal perkara yang anda utama yang anda perlu cari dahulu adalah Allah SWT.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen