"Betul Ke Lelaki Yang Berwajah Garang Ni, Romantik Sebenarnya?"

 

Sering kita melihat dan mendengar lelaki yang berpewatakan menarik, berpakaian kemas dan berwajah kacak pasti adalah seorang sweet talker. Bagi pandangan wanita lelaki sebegini harus dijauhkan walaupun kadang-kala sering sahaja terpedaya dengan kata-kata manis malah janji palsu dari lelaki tersebut.

Tetapi lain pula pandangan wanita terhadap lelaki yang berwajah garang. Lelaki sebegini kelihatan biasa-biasa dan sederhana sahaja, melihat wajah juga takut untuk didekati. Namun sedemikian, secara peribadi lelaki yang memiliki wajah garang ini, tidak lah garang seperti wajahnya. Mereka lebih bersikap penyayang dan memahami perasaan wanita.

LELAKI INI JUGA SEBENARNYA TIDAK SERIUS.

Bukan mahukan hubungan yang tidak serius, tetapi apabila mempunyai hubungan cinta dengan lelaki sebegini, mereka lebih santai dan tenang. Malah dalam hubungan tersebut, mereka jarang untuk membicarakan isu yang terlalu serius, seperti mengambil ujian. Dengan kata lebih mudah, mereka sebenarnya pandai membuat lawak jenaka. Ini kerana sebenarnya, ada sahaja wanita yang lebih terpikat dengan lelaki yang memilki wajah sebegini.

Don’t judge a book by its cover.

LELAKI INI LEBIH BIJAK BERGURAU SENDA.

Lelaki berwajah garang juga dikatakan lebih pandai bergurau senda. Apabila pasangan mereka merajuk, bergurau senda adalah teknik pujukan yang akan dilakukan oleh lelaki sebegini. Mereka akan membuat gurauan sehingga pasangannya akan tergelak dan tertawa. Itulah kemahiran yang mereka ada.

Bergurau senda juga adalah salah satu cara untuk mengekalkan hubungan. Dalam Islam juga ada menyebut pasangan harus mengamalkan gurau senda kerana ia adalah salah satu ibadah. Tindakan ini juga sebenarnya menjurus pasangan suami isteri untuk merebut pahala di dalam rumah tangga.

Jadi, majoriti wanita kelihatan lebih bahagia jika pasangannya pandai membuat mereka terhibur.

Cara-cara mereka bergurau senda adalah seperti;

  • Tidak bergurau tentang perkara yang sensitif. Ini kerana ada sahaja lelaki yang tidak pandai bergurau dan mengakibatkan pasangannya merajuk berpanjangan.
  • Tidak bergurau sehingga memudaratkan pasangan. Ini kerana ada sahaja lelaki yang suka membuat prank iaitu gurauan yang sangat nakal.
  • Tidak bergurau sehingga bercerai dengan pasangan. Ini paling bahaya. Hati-hati!

LELAKI INI JUGA DIKATAKAN LEBIH MEMAHAMI PERASAAN WANITA.

Bagi pandangan wanita, lelaki sebegini lebih memahami perasaan wanita. Mereka juga dikatakan ‘dalam hati ada taman’ oleh kerana itu mereka lebih penyayang. Dan kebanyakan wanita, tidak kisah dengan paras rupa lelaki asalkan dapat menjaga hati mereka dengan baik. Malah mempunyak akhlak yang bagus.

Selain daripada itu, lelaki ini juga dikatakan mempunyai wajah yang lebih maskulin, dan apabila tersenyum mampu membuat wanita cair tidak tentu arah. Wanita yang suka dengan wajah lelaki sebegini kebanyakannya, tidak berkenan dengan lelaki yang berwajah jambu. Namun sedemikian, ia terpulang pada individu. Setiap pandangan orang adalah berbeza.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen