Sebelum Terima Cinta Baru, Lakukan 5 Perkara Ini Dahulu.

 

Semua orang mempunyai kisah cinta mereka yang tersendiri. Sama ada ia berakhir dengan baik ataupun hanya melukakan hatinya. Setiap orang pasti ingin bangkit dari masa lalu yang menyakitkan. Bahkan semua orang juga mempunyai impian untuk hidup berpasang-pasangan hingga ke akhir hayat. Setelah lalui kesakitan, pasti perasaan ingin mencapai kebahagiaan itu ada di dalam hati.



Namun, sebelum anda memulakan satu perhubungan baru ataupun membuka hati anda untuk orang yang baru. Anda perlu lakukan beberapa dahulu. Mari ketahui apa yang perlu anda lakukan.

1. Memaafkan orang yang melukakan hati anda.

Ini adalah perkara yang paling utama perlu anda lakukan. Memaafkan seseorang yang telah melukakan hati anda. tidak kira lah bekas kekasih mahupun seseorang yang menjadi orang ketiga. Memaafkan mereka dan melapangkan dada anda dari segala kisah lalu yang melukakan serta membuat anda rasa berdendam. Hal ini kerana, jika anda tidak melakukan ini, anda akan lebih cenderong untuk membalas kepada pasangan baru anda.

2. Dekatkan diri dengan pencipta.


Apabila menginginkan jodoh yang baik, sudah pasti lah anda perlu dekatkan diri anda dengan Allah. Mana tidaknya, dirinya sahaja yang tahu mana yang baik untuk anda. Bahkan jika anda memohon kepada-Nya seorang pasangan yang baik dengan bersungguh-sungguh. In Sya Allah dirinya akan tunaikan permintaan anda. Bahkan jangan lupa untuk meningkatkan lagi amal ibadah anda.

3. Berubah ke arah yang lebih baik.


Selepas mendekatkan diri pencipta, apa kata anda lakukan sedikit perubahan kepada diri anda. Di mana, anda cuba untuk pelajari bagaimana menjadi seorang suami atau isteri yang baik kepada pasangan anda. Bahkan, jika dahulu anda tidak pandai melakukan kerja rumah, masa ini lah yang sesuai untuk anda pelajari semua perkara itu.



4. Kawal emosi dan perasaan anda.


Dalam perhubungan ini, sudah pasti lah emosi dan perasaan itu memainkan peranan yang penting. Mana tidaknya, jika anda hanya sambil lewa terhadap perkara ini, ia mungkin akan membuat hubungan baru anda ini sama seperti dahulu. Jadi cuba untuk menjadi seseorang yang lebih matang dan bukan lakukan semua perkara berdasarkan apa yang anda mahukan.

5. Lebih terbuka.


Ingin mencari pasangan yang baik dan memahami diri ini, anda tidak boleh terlalu memilih serta mudah memandang serong terhadap orang lain. Cuba untuk lebih terbuka terhadap pemikiran serta pergaulan anda. Jangan sempitkan ia hanya kerana mahukan sesuatu yang belum pasti. Hal ini kerana, jika anda mengejar yang baik, sudah pasti akan terlepas seseorang yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Kesimpulannya, memulakan perhubungan baru ini bukan untuk membalas dendam kepada bekas kekasih serta ingin hilangkan kesunyian. Menjalinkan hubungan baru ini untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar menerima kita seadanya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,879 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen