“Lelaki Zaman Sekarang, Nak Isteri Cantik Je” Jom Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Kekal Cantik Setelah Berkahwin.

 

Memang lumrah lelaki suka pada kecantikan seorang wanita. Namun kecantikan yang dipandang adalah berbeza pada setiap individu. Ada lelaki sukakan wanita persis model, ada pula lelaki suka wanita genit yang comel. Ada juga lelaki yang gemar pada wanita yang memakai cermin mata.

Tetapi itu semua luaran sahaja, bagaimana dengan dalaman seorang wanita pula, terutamanya wajah yang ingin sentiasa dipandang oleh seorang lelaki? Jom ikuti tips mudah ini…

1. Rambut.

Setiap wanita pasti risau apabila memiliki rambut panjang, kemudian apabila bangun sahaja daripada tidur mesti rambut kelihatan seperti singa. Jika anda memiliki rambut yang panjang, ikatlah dengan kemas tetapi jangan terlalu ketat supaya rambut boleh bernafas. Rambut juga perlu disikat sebelum tidur dan letakkan perapi tanpa dibilas. Tidaklah suami terkejut melihat isterinya kusut masai pada waktu pagi.

2. Mata panda.

Kebanyakan wanita memang memiliki mata panda ini, sehingga menurunkan keyakinan dalam diri untuk bertemu dengan orang ramai. Kurang tidur kerana terlalu banyak berfikir tentang rumah tangga adalah salah satu punca sebab wajah menjadi begitu sugul dan mata yang sembab. Jadi, amalkan meletakkan minayk badam pada mata tersebut supaya kelihatan segar pada waktu pagi usai bangun tidur.

3. Bibir.

Kaum wanita juga sering mengalami bibir yang kering, jadi apabila menggunakan gincu, pasti bibir akan menjadi merekah, bukan? Suami yang melihat pun kadang-kala menegur apabila bibir terlalu kering, apatah lagi mahu dikucup. Jadi, rajinkan diri oleskan vaselin setiap malam pada bibir anda. Tambahan, jadikan scrub bibir sebagai amalan supaya dapat menggayakan pelbagai warna gincu kegemaran anda.

4. Wajah.

Ramai wanita akan mengeluh kerana skin care routine adalah barang penjagaan diri yang mahal. Kenapa anda memilih produk yang mahal, sedangkan terdapat banyak sahaja produk penjagaan muka yang murah. Cari produk keluaran tempatan murah dan boleh dipercayai, seperti di Watson dan guardion. Yang penting produk yang sesuai dengan wajah anda, dan amalkan 3 langkah ini;

Mencuci...

Toner...

Pelembab...

5. Air putih.

Dan yang paling penting untuk menjaga luaran anda adalah dengan menjaga dalaman anda terdahulu iaitu minum air putih secukupnya. Berusahalah untuk selalu ingat untuk minum segelas besar air putih sebelum memejamkan mata. Ini akan membuatkan tubuh anda terhindar daripada dehidrasi dan menjadikan tidur anda lebih berkualiti. Malah bangun tidur nanti juga badan anda akan rasa lebih segar.

Mudah, jika diri sendiri berdisiplin dan rajin. Bukan hanya untuk keyakinan diri sendiri, bahkan suami juga akan sentiasa sayang. Dan yang penting, berbelanjalah mengikut kemampuan si suami. 

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen