8 Amalan Untuk Pasangan Berebut Pahala Dalam Rumah Tangga.

 

Dalam Islam, rumah tangga adalah untuk pasangan suami isteri berkejar melakukan kebaikan dan merebut pahala supaya dapat mengekalkan sakinah mawaddah wa rahmah. Jadi, sebagai muslim mari lakukan 8 amalan ini…

1. Lakukan sesuatu perkara tanpa sanjungan dan balasan orang.

Setiap kali buat kebaikan, jangan kita harapkan pujian, penghargaan dan sanjungan orang. Sebaliknya, harapkan keredhaan Allah SWT. Setiap kebaikan itu menjadi sebab Allah SWT pandang dan sayang akan diri kita. Jika Yang Maha Esa itu sayang akan hamba-Nya, secara automatik segala makhluk turut sayang kepadanya.

2. Sentiasa mengekalkan kasih sayang dan cinta dalam terhadap pasangan.

Cuba lakukan perkara ini:

Jalan berpimpin tangan dengan pasangan….

Peluk pasangan….

Baring di atas riba pasangan….

Pandang pasangan dengan rasa cinta….

Hargai pasangan seadanya kerana kita juga akan menjadi contoh kepada anak-anak untuk menghargai orang yang disayangi mereka pula nanti.

3. Sentiasa menyebut penghargaan dan kata-kata yang baik sahaja.

Ringankan mulut untuk melahirkan kata cinta, penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Kata-kata positif ini akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Penuhkan tangki emosi pasangan dan anak-anak dengan emosi yang positif.

4. Mengelakkan diri untuk berkelakuan kasar terhadap pasangan.

Apa yang kita boleh teladani dari Rasulullah SAW adalah baginda tidak pernah memukul, merotan, menengking dan meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan bahasa yang berhemah dalam menyelesaikan sebarang konflik dan masalah. Kekerasan dan kekasaran hanya akan mengeraskan hati dan merenggangkan hubungan kekeluargaan sahaja.

5. Tidak henti-henti melakukan kebaikan pada pasangan, malah pada orang lain.

Cara hidup kita, menentukkan cara mati kita. Cara mati kita pula menentukkan cara kita dibangkitkan kelak.

Jadi, jika kita ingin kesudahan penghidupan ini dengan pengakhiran yang baik. Maka, betulkan cara hidup kita dahulu. Pastikan setiap tindakan itu berlandaskan syariat Islam. Berusahalah untuk sentiasa buat kebaikan bukan kemungkaran.

6. Jadilah lelaki yang tahu maksud DAYUS.

Suami yang rajin tolong basuh pinggan BUKAN suami yang dayus….

Suami yang tolong jaga anak, BUKAN suami yang dayus….

Suami yang tolong sidai baju, BUKAN suami yang dayus….

TAPI, SUAMI YANG DAYUS IALAH;

TIDAK mampu membentengi isterinya dari azab api neraka….

TIDAK mampu memelihara aurat isterinya….

TIDAK mampu membimbing isterinya ke jalan Allah SWT….

Isteri itu cerminan didikan seorang suami. Jika baik didikan suaminya, maka baiklah isterinya. Insya Allah.

7. Jaga hubungan dengan Allah SWT.

Jarak suatu masalah dengan jalan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujudnya. Apa sekali pun konflik yang melanda, kembalilah kepada Allah SWT. Kualiti sesebuah keluarga itu terletak kepada kualiti solat ahlinya. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya pasti bahagia.

Jaga hubungan kita dengan Allah kerana Allah pasti jaga hubungan kita dengan orang lain. Insya Allah.

8. Mengamalkan sedekah jariah.

Rajin bersedekah sesama anggota keluarga. Bukan hanya wang dan makanan, malah pemberian hadiah permainan untuk si anak kecil juga adalah satu sedekah. Sekurang-kurangnya bersedekah dahulu dalam ahli keluarga terutamanya untuk anak-anak walaupun sepotong kuih. Kegembiraan itulah yang menjadi kunci kepada keluarga yang bahagia.

********Semoga Bermanfaat Pada Kita Semua********

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,743 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen