10 Tips Membentuk Keluarga Yang Diberkati Allah SWT.

 

Jom ikuti tips untuk membentuk keluarga yang sentiasa dibawah pelindungan Allah SWT;

1. Jaga Solat Diawal Waktu.

Jaga solat di awal waktu, PASTI keluarga bahagia. Bertambah indah bila kita berjemaah bersama keluarga.

Kualiti solat pasti berbeza antara individu yang sekadar bersolat dengan individu yang sentiasa memastikan solatnya diawal waktu. Kualitinya ibarat jauh langit dan bumi.

Usaha untuk solat diawal waktu. Tinggalkan urusan dunia bila azan sudah berkumandang. Semoga kita sentiasa mampu menjaga kualiti solat menjadi yang terbaik.

2. Wujudkan Taqlim Di Dalam Rumah.

Wujudkan taqlim di rumah sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari. Selalunya dilakukan selang maghrib dan isya'.

Taqlim adalah sesi berkumpul sekeluarga sambil bercerita tentang Allah SWT, kisah para anbiya, hadith, tafsir Al quran dan lain-lain lagi.

Jadikan rumah kita taman-taman syurga yang sentiasa dipenuhi dengan majlis ilmu yang mendidik jiwa kita dan keluarga.

3. Wujudkan Waktu Khusus Buat Keluarga.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu khusus?. Contohnya:

Solat berjemaah....

Makan bersama....

Berbual dengan ahli keluarga....

Waktu khusus ini perlu ada sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memastikan kita mempunyai masa berkualiti bersama keluarga.

Pastikan TIADA telefon atau gadjet dalam waktu khusus ini ya! Diharamkan.

4. Sebut Nama Anak Dan Pasangan Dalam Doa.

Doa itu senjata orang mukmin. Jangan lupa untuk berdoa buat keluarga kita. Sebutkan nama mereka dalam doa kita. Terdapat beberapa doa yang diajar oleh Ustaz Ebit Liew di akhir penulisan ini untuk kita amalkan. Semoga bermanfaat.

5. Banyakkan Zikir.

Banyakkan menyebut 'Ya Arhamar Rahimin' yang bermaksud Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. Mudah-mudahan semua ahli keluarga kita juga turut mempunyai dua sifat ini dalam diri mereka. Ameen.

6. Hindari Sikap Malas.

Malas itu satu sifat yang jelik. Buang perkataan malas dalam hidup kita. Jauhi perkara di bawah kerana sering menjadi punca utama umat masa kini menjadi malas:

Kurangkan tidur....

Kurangkan makan....

Kurangkan media sosial....

Kurangkan berhibur....

Sedaya upaya jauhinya supaya setiap masa kita dipenuhi dengan aktiviti yang baik lagi bermanfaat.

7. Rumah Sunnah.

Tanda Allah swt sayang pada keluarga kita ialah apabila setiap ahli keluarga kita mampu berlembut dan bertoleransi diantara sama lain. Jika ahli keluarga kita masih bermusuhan, bertelingkah dan berkasar itu bermakna ahli keluarga kita masih jauh daripada Allah SWT.

Apa ciri-ciri Rumah Sunnah?. Rumah yang bersedia menyambut kedatangan Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah SAW akan datang rumah kita pada hari ini. Adakah kita akan....

Menghulurkan Al Quran yang sudah berhabuk, tanda jarang dibuka kepada Rasulullah saw?

Menyorokkan segala DVD, majalah atau gambar yang tidak mengikut syariat Islam?

Menyorokkan segala baju atau seluar yang tidak menutup aurat?

Pastikah kita Rasulullah saw akan gembira datang ke rumah kita?. Fikir-fikirkanlah.

8. Tidak Merungut.

Jadikan sirah Rasulullah saw sebagai contoh tauladan dalam kita membahterai rumah tangga. Salah satu akhlak Rasulullah saw ialah baginda tidak pernah merungut akan...

Masakan isteri baginda tidak sedap....

Kekurangan layanan dari isteri baginda....

Rajuk atau cemburu isteri baginda....

Kesusahan dalam rumahtangga baginda....

Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada dan menyelesaikan setiap masalah dengan adil dan berhemah.

9. Bersihkan Hati.

Bagaimana mahu bersihkan hati yang hitam?. Haaaa... Rajinkan diri membuat kerja rumah, membersihkan tandas kerana kerja-kerja 'kotor' ini mampu menundukkan hati yang kadang-kadang lalai akan kehidupan sebenarnya.

Sambil buat kerja rumah, ulang dalam hati kata-kata ini:

“Ali, kau bukan siapa-siapa, kau tiada apa-apa di dunia ini. Segala kebaikan yang ada pada kau hanyalah kuasa dan pertolongan Allah swt sahaja”.

Ulang..ulang dan ulang agar kita sentiasa beringat yang segala yang ada di dunia ini hanyalah milik Allah SWT Yang Maha Esa.

10. Sentiasa Bersabar.

Setiap kali kita nampak keburukan dan kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kita hendaklah sentiasa berSABAR. Perbetulkan diri sendiri dahulu kerana kadang-kala keburukan dan kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri yang..

Gagal bersyukur....

Gagal mendidik....

Gagal menjadi contoh yang baik....

Orang yang yakin kepada Allah swt tidak pernah memandang rendah kepada orang lain termasuk dirinya sendiri.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen