Jika Pasangan Anda Lakukan 5 Perkara Ini, Dia Bukanlah Seseorang Yang Sesuai Untuk Anda.

 

Mencintai tidak semestinya anda memilikinya. Sebab itulah dalam bercinta ini, anda tidak seharusnya memberikan hati perasaan dan jiwa raga kepada seseorang yang betul tentu menjadi peneman anda hingga ke hujung usia anda. Hal ini kerana, pengharapan yang anda letakkan itu akan menjadi satu yang sia-sia dan terluka.

Bagaimana untuk ketahui bahawa pasangan anda itu seseorang yang bersesuaian dengan anda? Dengan melihat 5 perkara ini. Mari ketahuinya.



1. Mahu anda berubah menjadi orang lain.

Dirinya tidak penah menerima siapa anda, malah dirinya mengharapkan orang lain di dalam diri anda. Sebagai contoh, dia mahu anda menjadi seperti bekas kekasihnya. Sedangkan anda dan bekas kekasihnya itu adalah orang yang berlainan. Anda perlu mencari pasangan yang menerima baik buruk dan siapa diri anda sebenarnya.

2. Anda sering dipersalahkan.

Dalam perhubungan, masing-masing tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tapi itu bukan bermakna segala silap dan salah berpunca dari anda. Walaupun dirinya yang melakukan kesalahan dan dia menyatakan ia berpunca dari anda, itu bermakna dia bukan seseorang yang akan menghargai anda. Anda seharusnya mencari seseorang yang berani untuk mengaku salahnya serta berani untuk memohon maaf.

3. Sering mengabaikan pertanyaan anda.

Sebagai seorang kekasih sudah pastilah anda menginginkan pendapat daripada pasangan anda. Hal ini kerana, anda merasakan bahawa dirinya mampu membantu anda melakukan keputusan yang terbaik. Tetapi jika ia lebih menyatakan ia semua terpulang pada anda dan dirinya tidak ada kena mengena, ia bukan seorang pasangan yang baik. Anda seharusnya mencari pasangan yang menegur anda ketika melakukan salah dan memberi pendapat yang baik jika anda memerlukan nasihat.



4. Mengelak untuk berjumpa ibu bapa.

Tidak kira lah anda ingin berjumpa dengan ibu bapanya ataupun anda ingin membawanya untuk berjumpa dengan ibu bapa anda tetapi akan dihalang olehnya. Dirinya memberikan pelbagai alasan untuk anda tidak memaksanya. Dari sini boleh lihat bahawa dia bukan seorang yang serius dengan anda. Jadi tinggalan sahaja.

5. Suka mengetepikan anda.

Dirinya tidak pernah ada untuk anda bahkan, anda tidak penah ada disaatnya bergembira dan bersenang-senang. Namun, jika dirinya menghadapi masalah, anda lah orang yang akan dicari dan meminta pertolongan. Ini bukan lah pasangan yang baik, anda dan dirinya seharusnya sentiasa bersama-sama dikala senang mahupun susah.

Cari pasangan yang tidak melakukan lima perkara ini terhadap anda. bukannya, anda yang kelihatan terhegeh-hegeh sehingga sanggup menutup mata segala keburukannya agar dapat bersamanya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,743 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen