8 Tanda Anda Yakin Si Dia Adalah Jodoh Anda.

 

Ketika berkenalan dengan seseorang, anda menjadi ragu-ragu adakah si dia jodoh yang tepat bagi anda? Anda tidak mahu sekiranya apabila setelah bernikah, terdapat banyak pula perkara tersembunyi yang bakal berlaku. Kerana pada zaman sekarang, bukan sahaja lelaki tidak boleh dipercayai, bahkan ada sahaja wanita yang boleh melakukan curang.

Jika anda berkenalan dengan si dia dalam masa yang singkat, jom lihat tanda-tanda yang boleh meyakinkan anda untuk jadikan si dia sebagai suami/isteri…

1. Anda berasa yakin untuk hidup bersama dengannya.

Apabila bertemu dengan seseorang, hanya naluri hati anda sahaja dapat meyakinkan anda sendiri bahawa si dia adalah jodoh anda. Apabila setelah melakukan solat istikharah, anda tidak mendapat jawapan melalui mimpi, tetapi melalui naluri hati anda sendiri. Hanya empunya diri dapat merasa keyakinan tersebut.

2. Anda dan si dia saling mengajak ke jalan yang lebih baik.

Salah satu tanda jodoh adalah, anda dan dia sama-sama mengajak ke arah jalan yang lebih baik. Itu yang dinamakan chemistry. Bukan sahaja memperbaiki diri dari segi islamik, bahkan jika mempunyai sikap-sikap buruk yang boleh diperbaiki, anda berdua sama-sama saling berubah.

3. Anda merasakan hubungan cinta kalian kurang drama.

Sesetengah pasangan pasti anda pernah lihat, terlalu dramatik. Sering sahaja bergaduh sehingga membaling barang, murung seminggu, sebulan tidak berjumpa kerana pergaduhan yang melampaui batas. Sekejap putus, sekejap elok pula. Namun, hubungan anda berdua kurang pula berdrama air mata ini, malah rasa lebih tenang.

4. Anda merasakan usaha yang dilakukan dihargai oleh pasangan.

Sering sahaja kita dengar, usaha tidak dihargai oleh pasangan. Apa yang dilakukan oleh mereka, pasti ada sahaja pasangan merungut. Dalam perhubungan, jika anda merasakan anda telah banyak berusaha untuk memikat hati si dia, tetapi seperti anda tidak berusaha. Sebenarnya, pasangan anda sedang menghargai usaha anda oleh kerana itu hubungan kalian berjalan dengan mudah, kurang onak dan duri.

5. Anda merasakan si dia bukan sahaja menjadi seorang kekasih, bahkan menjadi seorang ayah, ibu malah sahabat.

Perkara yang paling penting apabila memilih jodoh adalah, seseorang yang dapat melakukan 3 karakter ini. Sekiranya pasangan anda mampu menjadi sebagai ayah, iaitu pelindung, sebagai ibu iaitu penyayang, malah sebagai sahabat iaitu sentiasa ada apabila anda dalam apa jua situasi, janganlah lepaskan mereka.

6. Anda dan si dia saling melengkapi.

Dalam hubungan, jika anda adalah api, maka pasangan pula perlulah bertindak sebagai air. Jika kedua-dua pihak keras kepala, degil, panas baran, hubungan yang terjalin agak sukar untuk dibentuk. Mengambil beberapa masa yang lama untuk dijernihkan, menandakan si dia bukanlah jodoh anda yang tepat.

7. Anda dengan si dia saling menjernihkan suasana ketika pergaduhan.

Siapa sahaja yang suka bergaduh terlalu lama dalam hubungan. Di dalam perkahwinan juga, tiada siapa yang suka berpisah, bahkan perceraian. Apabila anda dengan pasangan, sama-sama tidak suka bergaduh dan merajuk terlalu lama, ia berkemungkinan dialah orang tepat bagi anda.

8. Anda suka melihat diri pasangan berada dalam ahli keluarga anda.

Anda suka melihat gambaran ini. Ketika melihat si dia berbual mesra dengan ibu bapa anda, bergurau senda dengan adik-beradik anda. Anda mahukan gambaran itu sentiasa menjadi memori terindah dalam hidup.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen