Cemburu Buta Adalah Tanda Anda Masih Belum Matang Dalam Perhubungan, Ini 5 Sebabnya.

 

Setiap orang pasti mempunyai sifat cemburu di dalam diri mereka, namun begitu ia berbeza rasa cemburu terhadap orang lain atau denagn pasangan sendiri. Hal ini kerana, apabila rasa cemburu terhadap orang lain ia adakah kerana rasa iri hati tetapi apabila bersama pasangan ia lebih kepada takut kehilangan diri.

Cemburu itu sememangnya tanda kasih sayang anda kepada pasangan tetapi jika berlebihan sehingga menjadi cemburu buta bagaimana? Tahukah anda bahawa jika terlalu mudah rasa cemburu itu timbul dalam perhubungan anda, ia menandakan bahawa anda masih lagi belum matang mengenainya. Mari ketahuinya.



1. Anda tidak percaya.

Dalam ppercintaan ini, saling percaya itu adalah perkara paling penting. Bagaimana anda hendak hidup bersama pasangan sekiranya anda sentiasa ragu-ragu dan tidak percaya dirinya. Sudah pasti lah kepercayaan itu penting untuk menguatkan perhubungan antara satu sama lain. Tanpa kepercayaan, hubungan yang terbina itu mudah bergoyang dan sentiasa bergelora. Sebab itu pentingnya kepercayaan.

2. Kerap tidak berpuas hati.

Setiap perkara yang berlaku dalam perhubungan itu seharusnya perlu berterus terang. Jangan sesekali cuba menyimpan perkara tersebut di dalam perasaan secara bersendirian. Ia seharusnya diluahkan. Jika anda tidak luahkan, makai a terlalu mudah untuk timbul rasa tidak puas hati terhadap pasangan anda. Di mana, timbul perasaan cemburu apabila pasangan anda mengabaikan anda. Sedangkan pasangan merasakan dirinya tidak penah mengabaikan anda.

3. Rasa tidak mahu berkongsi dirinya.

Apabila menjalinkan hubungan ini dengan seseorang sudah pasti lah anda merasakan bahawa pasangan anda itu adalah miliki anda. Maka dengan itu, anda rasakan bahawa anda tidak seharusnya berkongsi dengan sesiapa pun, tidak kira lah rakan ataupun keluarganya. Itu yang menjadi punca timbulnya rasa cemburu apabila anda rasa dirinya milik anda seorang.



4. Tidak bersedia dengan cabaran.

Anda tidak bersedia untuk berhadapan dengan setiap ujian dan cabaran dalam perhubungan. Hal ini kerana, anda merasakan bahawa perhubungan itu seharusnya membahagikan bukannya saling menyakiti. Apabila anda tidak bersedia itu yang membuat anda rasa takut kehilangan serta mudah timbul rasa cemburu terhadap pasangan.

5. Tidak yakin dengan diri anda.

Kerana terlalu banyak berfikir, ia menyebabkan anda rasa tidak yakin akan diri anda. Walaupun, pasangan anda terlalu menyayangi anda. Hal ini kerana, anda merasakan bahawa akan ada seseorang yang lebih baik yang akan pasangan anda temui dan anda pasti kehilangan dirinya.

Apabila anda melibatkan diri dalam perhubungan ini, anda seharusnya lebih yakin dan bersedia untuk hadapi sesuatu. Jika anda terlalu takut atau terlalu banyak berfikir akan sesuatu perkara yang tidak pasti, ia hanya akan melukakan anda serta membuat tindakan anda berlebihan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen