5 Jenis Pergaduhan Yang Kelihatan Remeh Tapi Boleh Menjadi Punca Perpisahan.

 

Dalam perhubungan ini tidak seronoklah kalau tidak ada pergaduhan. Bahkan ramai yang berpendapat bahawa pergaduhan itu lah yang akan membuat kita semakin kenal akan pasangan kita. Ramai pasangan yang memandang ringan terhadap pergaduhan yang kecil kerana ia beranggapan bahawa itu adalah ujian dan cabaran yang terpaksa diharungi oleh mereka yang sedang hangat bercinta.

Namun, jangan terleka pula, banyak pasangan yang bergaduh dan berpisah hanya kerana satu hal yang remeh sahaja tetapi ia boleh jadi satu hal yang diperbesarkan oleh kedua-dua belah pihak. Mari ketahui jenis-jenis pergaduhan yang kecil ini sebagai ingatan kepada perhubungan kalian.



1. Kerana ‘like’ gambar bekas kekasih di media sosial.

Penah anda dengar pergaduhan hanya kerana salah seorang ‘like’ gambar bekas kekasih secara tidak sengaja dan akhirnya mereka ini berpisah? Banyak sahaja perkara seperti ini berlaku di dalam perhubungan lain. Hal ini kerana, sikap yang terburu-buru berserta dengan cemburu buta menyebabkan perpiasahan itu berlaku. Mana tidaknya, pasangan terbabit akan beranggapan bahawa kekasihnya masih mempunyai hati terhadap bekas kekasihnya, walaupun sebernarnya ia berlaku secara tidak sengaja.

2. Lebih banyak habiskan masa bersama game.

Biasanya pasangan yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan permainan video gamenya ini akan lebih mudah mengabaikan pasangannya. Mana tidaknya, mereka ini lebih memfokuskan permainannya berbanding meluangkan masa bersama pasangan. Kadang kala perhubungan jadi terganggu kerana tidak ada tindak balas yang baik dari pasangan. Jadi, sebab itu lah anda jika anda suka bermain game, perlu lebih waspada dan ingat sedikit pada pasangan anda.

3. Lupa tarikh-tarikh penting.

Menjadi perkara biasa jika pasangan lupa mengenai tarikh-tarikh penting ini akan menimbulkan pergaduhan. Mana tidaknya, bagi seorang wanita, tarikh tersebut mempunyai makna yang tersendiri. Jadi jika pasangannya melupakkannya itu bermakna dirinya tidak mengingati pasangannya dengan baik malah lebih sibuk memikirkan hal yang lain.



4. Tidak mahu berkongsi password.

Hanya kerana ingin menjaga ruang peribadinya, dengan tidak mahu berkongsi password media sosial atau telefon bimbit, mana-mana pasangan boleh bergaduh hanya kerana punca ini. Mana tidaknya, pasanganya pasti akan menganggap bahawa dirinya itu mempunyai kekasih yang lain walaupun, sebenarnya dia hanya mahu ruang untuk peribadinya.

5. Pasangan terlalu rapat dengan rakan berlainan jantina.

Apabila perasaan cemburu mula menguasai seseorang, sudah pasti lah ia tidak dapat membezakan rakan atau seseorang yang berlaku curang dengannya. Jadi kerana cemburu dan tidak mahu mendengar penerangan pasangannya ia akan membuat keputusan terburu-buru.

Jika dalam perhubungan anda, tidak mampu menyelesaikan lima masalah ini secara tenang dan lebih suka bertindak terburu-buru serta mementingkan diri. Tidak mustahil jika anda tidak mampu tangani perkara ini dengan baik dan akhirnya berlaku perpisahan diantara kalian.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen