5 Tanda Teman Wanita Anda Mula Serius Terhadap Hubungan Yang Terbina.

 

Selalunya, kita lebih membimbangkan sikap seorang lelaki terhadap hubungan yang dibina. Mana tidaknya, sikap lelaki dikatakan lebih berteka teki dalam perhubungan sama ada mereka ini serius terhadap pasangannya ataupun tidak. Tapi bagaimana pula dengan seorang wanita? Tidak semua wanita jalinkan perhubungan dengan niat untuk berkahwin, boleh jadi mereka ini mempunyai niat lain seperti ingin hilangkan rasa sunyi.

Jadi, mari kita lihat tanda-tanda seorang wanita yang mula serius terhadap perhubungan.



1. Dia sentiasa minta pendapat sebelum buat keputusan.

Apabila seorang wanita ini mula serius, dia tidak akan pernah mengabaikan pandangan anda. Di mana dalam setiap keputusan yang bakal dibuat dia akan bertanyakan pendapat anda. Hal ini kerana, dia tahu bahawa anda akan betindak sebagai ketua keluarga nanti apabila berkahwin, sebab itu lah dirinya mula mengutamakan serta menghormati anda. Di sini dirinya berikan usaha untuk mendengar pendapat anda terhadap sesuatu perkara tanpa membelakangkan anda.

2. Lebih bertenang dalam setiap pergaduhan.

Selalunya apabila bergaduh, wanita akan dikatakan lebih cepat melenting dan ingin segera larikan diri dari masalah melalui air matanya. Namun, kini dirinya lebih bersedia untuk mendengar dan mulakan perbincangan dengan baik tanpa menggunakan emosi yang berlebihan. Bahka dia juga tidak menggunkan air matanya untuk membuat anda rasa serba salah.

3. Dia tahu komunikasi itu penting.

Kini dirinya lebih menjadi matang, jika dahulu dia lebih suka melakukan mengikut kemahuannya. Kini dirinya lebih mudah memberitahu anda terhadap sesuatu perkara. Walaupun ia perkara kecil ia tetap akan memberitahu anda. Sebagai contoh, dirinya akan memberitahu jika dia akan keluar bersama rakan-rakannya ataupun ketika harinya sedang sibuk.



4. Dia berada di saat susah dan senang anda.

Ini adalah perkara yang paling pertama yang anda boleh lihat dalam diri pasangan anda. Di mana dia tidak akan sesekali meninggalkan anda dikala waktu susah ataupun waktu senang anda. Ini menunjukkan bahawa dia mula serius terhadap anda dan akan menyokong serta memberi anda semangat dalam apa juga keadaan.

5. Dia tidak akan membiarkan anda berkerja keras seorang diri.

Apabila ingin langsungkan sesebuah perkahwinan sudah pasti lah ia memerlukan wang yang banyak. Tapi jika dia benar-benar mahukan anda sebagai pasangannya, sudah pasti lah dirinya akan rela hati menolong anda dalam mengumpul wang perkahwinan anda. Hal ini kerana, dia tahu kesukaran dalam mengumpul wang seorang diri.

Jika si dia mempunyai kelima-lima tanda ini, ia menunjukkan bahawa dirinya mula serius terhadap anda. Jadi jangan sesekali mempermainkan hati mereka pula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen