5 Sebab Wanita Rasakan Dirinya Selalu Betul Dalam Apa Jua Keadaan.

 

Selalunya lelaki akan pening kepala memikirkan sikap pasangannya yang tidak mahu mengalah dalam apa jua keadaan. Walaupun, pada ketika itu sudah jelas dan terang bahawa dirinya yang melakukan silap sehingga timbulnya salah faham. Bukan itu sahaja, dalam menyuarakan perndapat juga, wanita kerap kali sukar untuk menerima pandangan orang lain.

Sedangkan, jika mempunyai sedikit tolak ansur, sudah pasti lah ia akan membantu dirinya dengan memudahkan komunikasi atu perbincangan. Tetapi mereka ini masih sahaja tunjukkan keras kepala tidak mahu sebarang teguran yang lain. Mari ketahui sebabnya.



1. Kepekaan mereka ini buat mereka terasa yakin.

Wanita ini dikatakan mempunyai satu sikap di mana mereka ini jenis memerhati dan lebih peka terhadap keadaan sekeliling yang membuatkan mereka ini sentiasa yakin terhadap apa yang mereka pegang. Hal ini kerana, mereka ini lebih banyak mendengar dan melihat satu-satu situasi dengan lebih terperinci dan lebih cuba untuk difahami. Jadi setiap hujah yang keluar dari mulut merek itu dikatakan lebih mengikut perasaan mereka.

2. Sengaja mahu uji kesabaran lelaki.

Telah menjadi sikap wanita yang suka menguji lelaki yang mereka sayangi. Dengan merasakan diri mereka ini sentiasa betul ini membantu mereka untuk mencari pasangan yang akan sabar dengan segala karenahnya serta pasangan yang mampu mengubah pandangan mereka dengan cara yang baik dan betul. Bukannya dengan paksaan dan merasakan bahawa mereka ini lebih berkuasa.

3. Mereka ingin difahami.

Apa yang wanita mahu daripada seorang lelaki? Selain inginkan perhatian daripada orang mereka sayangi, wanita ini juga ingin mereka ini difahami. Di mana mereka ini mencari pasangan yang akan cuba meletakkan diri mereka di kasut wanita tersebut. Sebab itu lah mereka menguji pasangan mereka dengan sikap keras kepala mereka sedangkan dirinya boleh sahaja mengalah.



4. Kadang kala lelaki tidak sedar diri mereka lakukan kesalahan.

Dalam sibuk mencari kesalahan seorang wanita, kadang kala lelaki lupa bahawa dirinya juga melakukan kesalahan sebab itu lah mereka cuba menyatakan bahawa wanita ini sukar menerima pandangan orang lain. Disebabkan wanita yang melihat kesalahan pasangan mereka jadi dirinya cuba pertahankan perkara tersebut dan lelaki pula pertahankan ego mereka.

5. Pasangannya sentiasa melakukan salah.

Apabila pasangannya kerap kali melakukan kesalahan, ia akan membentuk sikap keras kepala dalam diri seseorang. Ia bertindak sebagai pelindung buat dirinya untuk mempertahankan dalam setiap perkara yang dia lakukan. Jadi jangan terlalu kerap lukakan hati seorang wanita.

Kesimpulannya, sama ada lelaki atau wanita kedua-duanya tidak mahu mengalah dalam setiap hal yang dirinya rasa betul dan yakin terhadap perkara tersebut. Namun, kalian harus amalkan sikap bertolak ansur agar hubungan mampu bertahan lebih lama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,497 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen