Cinta Itu Anugerah Tuhan. Hargailah, Jangan Kau Persiakan!

 

Cinta adalah anugerah dari Tuhan, setiap insan pasti memiliki rasa cinta di dalam hatinya. Cinta itu juga merupakan keajaiban hati yang mampu membuat kita mau mengerti, sebuah kekuatan untuk kita bertahan....Cinta sejati itu ada bila kita mau memilikinya. Cinta itu adalah luka, namun dibalik luka itu tersimpan kekuatan yang akan membuat nya lebih dewasa. Cinta tidak pernah meminta, ia senantiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dihianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sihat, penjara menjadi telaga , derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati hatinya dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin...Inilah dasyatnya cinta! Cinta itu merupakan perasaan yang ada pada setiap diri insani, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci....Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan cara menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, perselingkuhan, penghianatan, dan perkara yang tercela dan hina. Namun jika embun itu jatuh pada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, kesetiaan, kepercayaan, kasih sayang, budi pekerti yang tinggi dan perangai serta sifat yang terpuji. Cinta cinta cinta.......adalah keabadian dan kenangan merupakan hal yang terindah yang harus kita miliki.



Cinta cinta cinta. Bukanlah kata -kata murah dan lumrah di tuturkan dari mulut ke mulut namun cinta adalah anugrah Tuhan yang teramat indah dan suci bila setiap manusia dapat menilai kesuciannya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen