Dengan 4 Ayat Ini Anda Boleh Tahu Bahawa Dirinya Serius Terhadap Perhubungan Yang Dibina.

 

Mungkin ramai yang menyatakan bahawa kata-kata lelaki ini tidak boleh dipercayai. Bahkan, ia juga dianggap sebagai satu janji manis yang tidak akan tertunai. Tidak semua lelaki yang mengungkapkan kata-kata manis itu adalah seorang yang tidak serius. Sebenarnya, seseorang wanita itu boleh menilai sendiri tahap keseriusan seseorang lelaki itu berdasarkan ayat yang keluar dari mulutnya.



Dia serius atau hanya ingin bermain sahaja dengan anda pasti ada beza. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya itu pasti berbeza. Mari ketahuinya.

1. Apabila anda terlibat dengan masalah, dirinya akan menyatakan bantuan yang diperlukan seperti “ada apa-apa yang boleh saya bantu?” atau “nanti saya tolong selesaikannya okay”. Si dia yang serius lebih mudah menghulurkan bantuan kerana tidak mahu anda menanggungnya seorang diri. Tetapi jika dia hanya bermain dengan anda mungkin dia akan membiarkan anda menanggung masalah tersebut bersendirian.

2. Ketika anda di dalam mood yang tidak menyeronokkan seperti tiada mood, dirinya akan menawarkan sesuatu untuk membuat anda berasa gembira. Sebagai contoh “saya belanja awak makan nak?” ataupun “nak coklat?”. Mereka yang serius dengan anda akan bersungguh ingin memperbaiki mood anda kembali berbanding dengan mereka yang tidak serius. Biasanya yang tidak serius ini akan mengabaikan anda sahaja.



3. Seorang lelaki menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ibu bapa anda seperti, “bawa saya jumpa mak ayah awak” itu adalah menunjukkan salah satu usaha dirinya untuk memiliki anda. Tetapi jika ia menyatakan seperti “saya belum bersedia” atau “saya malu” itu menandakan dirinya tidak serius terhadap anda.

4. “Saya bukan orang yang sempurna dan saya banyak kekurangan” itu lah yang akan dikatakan oleh seorang lelaki yang mahukan anda. Hal ini kerana, dia ingin anda tahu bahawa dirinya akan melakukan pelbagai kesalahan serta banyak kelemahan yang akan ditunjukkan pada masa akan datang. Tetapi jika ia hanya bermain sahaja dengan anda, dirinya akan menyatakan “awak kena berubah menjadi seseorang yang saya suka dan saya nak yang sempurna.

Jadi jika anda mendengar kata-kata seorang lelaki itu, anda harus teliti dahulu kata-katanya. Bukannya, hanya terima dan percaya dalam setiap yang dikatakan. Anda harus menjadi wanita yang bijak dalam menilai seorang lelaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen