Ciri-Ciri Wanita Yang Mudah Terpedaya Dengan Pujuk Rayu Seorang Lelaki. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini?

 

Masih wujud lagikah wanita zaman sekarang yang mudah terpedaya dengan lelaki yang suka memberi harapan palsu? Lelaki yang sering memberi kata-kata manis supaya ramai wanita mudah terduduk dengan pujuk rayu mereka, tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Pada zaman yang moden ini juga ramai sahaja wanita yang menjadi mangsa dengan kata-kata manis yang dilemparkan.

Sudah memang lumrah, wanita adalah seorang yang lemah dengan kata-kata manis tersebut dan mudah menjadi cair, apabila diberi janji palsu. Jadi, jom lihat sekiranya anda tergolong dalam wanita yang mudah terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki….

1. Sangat mudah mempercayai orang lain.

Secara mata kasar sudah tentu kita sukar untuk melihat seseorang tersebut boleh dipercayai atau tidak. Kebiasaannya, seorang wanita itu mudah mempercayai kata-kata lelaki kerana dirinya berjiwa besar dan sentiasa bersangka baik. Malah dirinya juga sentiasa dikelilingi oleh orang yang dia sendiri percaya, oleh kerana itu pendirian mereka juga mudah untuk mempercayai orang lain.

2. Seorang yang mahu keseronokan dalam hidup.

Lelaki sweet talker ini kadang-kala suka mendekati dengan golongan wanita yang mahu mencari keseronokan dalam hidup. Tiada komitmen, tiada perancangan masa hadapan, semua yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja. 

Wanita yang hanya mencari keseronokan hidup menjadi perhatian lelaki ini kerana anggapan mereka, pasti anda mahukan duit sebagai keseronokan. Jadi, mereka pasti mengumpan anda dengan duit, kemudian terus  melarikan diri tanpa bertanggung jawab.

3. Wanita yang cepat tergoda dengan duit dan harta.

Untuk apa lelaki memperdayakan wanita sebegini? Untuk balasan. Jika wanita tersebut amat memerlukan duit dan kewangannya tidak stabil, sudah tentu mereka terdesak mencari sesiapa sahaja yang boleh memberi mereka pinjaman. Jika wanita ini berjumpa dengan lelaki yang boleh memberi pinjam duit tersebut, lelaki ini sudah menjangkakan langkah seterusnya untuk melempiaskan nafsu sebagai balasan.

4. Wanita yang terlalu emosi.

Kadang-kala lelaki amat mahir untuk mengawal emosi wanita hanya dengan kata-kata manisnya sahaja. Mungkin mereka mengumpan wanita tersebut dengan sesuatu perkara yang disukai oleh kaum wanita tersebut, lalu mengharapkan balasan juga. Sama sahaja seperti point nombor 3.  Kesimpulannya lelaki yang suka memujuk rayu ini memang pandai berkata-kata dan mengharapkan balasan yang setimpal.

5. Wanita ini mudah terpengaruh.

Sudah tentu wanita yang mudah dan cepat terpengaruh adalah seorang yang cepat terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki. Mungkin wanita ini mahukan kehidupan yang senang kerana terpengaruh dengan rakan-rakan di sosial media, jadi perasaannya memberontak untuk mempunyai kehidupan yang sama seperti itu. Tidak hairan wanita ini, mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen