Nikmatilah 8 Pengalaman Pertama Ini Selepas Bergelar Suami Isteri.

 

Sebagai pengantin baharu, hidup anda bukan hanya berubah daripada seorang kepada berpasangan. Ia juga akan mengubah aktiviti dan kegiatan harian anda. Oleh itu anda perlulah mempersiapkan diri untuk melalui pengalaman ini bersama pasangan agar ikatan hubungan perkahwinan yang dibina bertambah bahagia.



1. Ada seseorang yang menemani tidur anda.

Inilah kali pertama anda akan rasa kekok saat berada di kamar tidur. Jika selama hidup membujang akan biasa tidur bersendirian, namun setelah berkahwin ada ‘orang lain’ yang akan menjadi peneman tidur anda.

2. Belajar untuk mengenali keluarga pasangan.

Anda bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi anda juga berkahwin dengan seluruh keluarga dan saudara-maranya. Jika berada di rumah mertua, ringankan tulang membantu mertua dengan melakukan kerja-kerja di dapur.



3. Kali pertama memasak untuk pasangan.

Sebagai isteri lebih afdal jika anda mengenyangkan perut suami dengan masakan dari air tangan anda sendiri. Walaupun mungkin anda tidak pernah memasak selama ini tidak salah untuk anda cuba belajar memasak. Apatah lagi banyak cara di internet yang boleh anda gunakan untuk belajar memasak.

4. Tetapkan anggaran bulanan.

Setelah berkahwin, anda berdua haruslah menetapkan anggaran kewangan bulanan. Anda harus berbincang untuk membeli apa sahaja yang diperlukan keluarga selama sebulan termasuk bil yang harus dibayar. Rencanakan anggaran tersebut secara berhemah dan jangan lupa menyisihkan sebahagian duit untuk pelaburan di masa akan datang.

5. Pelajari budaya dan tradisi keluarga pasangan.

Berkahwin membolehkan anda mempelajari adat dan budaya keluarga pasangan. Misalnya anda orang Selangor dan berkahwin dengan orang Johor berketurunan Jawa, pasti budayanya pasangan berbeza daripada segi percakapan, makanan, peraturan di rumah dan sebagainya. Oleh itu belajarlah menghormati budaya tradisi yang keluarga pasangan amalkan selama ini asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran agama.



6. Merayakan hari raya bersama.

Untuk kali pertamanya, anda berpeluang untuk merasai kemeriahan menyambut hari raya bersama pasangan. Tentu momen ini menjadi sesuatu yang mendebarkan dan dalam masa yang sama menyeronokkan kerana anda akan berjumpa dan berkenalan dengan seluruh ahli keluarganya.

7. Kali pertama anda takut kehilangan.

Setelah berkahwin, inilah masanya untuk anda dan pasangan rasa takut apabila berdepan dengan pergaduhan. Ini kerana pergaduhan akan membuatkan hati salah seorang terluka lantas menyebabkan anda bimbang yang anda akan kehilangan orang tersayang.

8. Merasakan setiap dokumen adalah penting.

Sebelum ini mungkin anda bukan seorang yang teliti tentang apa jua dokumen penting. Namun setelah berkahwin, segala surat menyurat, bil atau dokumen berkaitan rumah, peribadi, insurans dan sebagainya mula menjadi perkara terpenting buat anda dan pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen