“Apabila Menjadi Suami Kelak, Ambil Tahu Masalah Isteri, Jangan Biarkan Mereka Memendam Rasa..”

 

Bercinta nampak mudah, jika dua-dua sama suka, hati sudah mula terpaut, maka bercintalah pasangan tersebut. Tetapi perkahwinan tidaklah semudah yang kita sangkakan kerana perkahwinan untuk selamanya bukannya sementara. Bukannya kahwin hari ini, 2 3 bulan bersama, bosan lalu bercerai.

Perkahwinan adalah pengorbanan antara dua pasangan yang telah bersatu jiwanya. Kedua-duanya perlu saling menyayangi, mengasihi dan mempunyai belas ihsan supaya hubungan sehingga Jannah. Akan tetapi, cukupkah ilmu didada untuk membawa pasangan ke syurga kelak? Tahukah peranan sebagai suami atau isteri, untuk membimbing pasangan ke syurga?

Apabila sudah berumah tangga, suami dan isteri perlu tahu 10 perkara utama ini…

1. Menjaga batas pergaulan.

Setelah berkahwin, batas pergaulan anda dengan orang lain terutamanya berlainan jantina perlulah dijaga, kerana ketika ini syaitan suka menggoda dan menghasut anda untuk melakukan curang. Jika tidak kuat dan kukuh iman, pasti akan menimbulkan fitnah kelak. Rumah tangga yang dibina juga akan goyah, jadi hati-hati!

2. Jangan keluar dengan kawan sehingga lewat malam.

Sudah menjadi adat melayu, asalkan ada perlawanan bola sepak pasti mahu lepak mamak meluangkan masa dengan kawan-kawan sehingga lewat malam. Jika itu yang anda lakukan ketika bujang, jadi ingat, situasi ini tidak lagi sama jika anda sudah memiliki isteri dan anak-anak. Ingat, isteri dan anak-anak adalah amanah dari Allah SWT untuk si suami jaga, gagal menjaga mereka, anda boleh dikira derhaka pada-Nya.

3. Jangan biar isteri melakukan kerja rumah berseorangan.

Si suami jangan pula membiarkan si isteri melakukan semua kerja rumah berseorangan. Wanita zaman sekarang bukannya seperti zaman dahulu, seharian duduk di rumah menjadi suri rumah. Jika isteri anda adalah seorang yang bekerjaya, agihkan kerja rumah sama rata, supaya dua-dua pihak tidak rasa terbeban.

4. Jangan biarkan isteri memendam rasa.

Zaman sekarang, majoriti isteri terlalu banyak memendam perasaan hanya kerana kerenah suaminya sendiri. Menurut kajian juga, isteri menjadi tekanan bukan disebabkan anak, tetapi kelakuan suami yang tidak mengambil endah perasaan mereka yang penat menjadi seorang Isteri.

5. Jangan lebihkan kawan.

Setiap orang pasti memiliki sahabat baik, tetapi apabila anda sudah berkahwin kelak, jangan jadikan sahabat baik anda sebagai keutamaan nombor 1 pula. Jika anda seorang wanita, keutamaan anda adalah seorang suami ya, kerana syurga anda di bawah tapak kaki suami.

Dan selain daripada itu suami isteri juga perlulah…

6. Saling menjaga hati pasangan, jangan sampai terluka.

7. Jangan ada rahsia antara pasangan supaya hidup harmoni tanpa rasa ragu-ragu dan prasangka.

8. Jangan memuji lelaki atau perempuan lain lebih kacak atau cantik di depan pasangan. Bahaya!

9. Hormatilah pasangan dengan tidak melakukan perkara yang mereka tidak suka. Mudah!

10. Dan yang paling penting adalah, utamakan komunikasi dua hala supaya pasangan tidak rasa tersisih hanya kerana telefon bimbit yang tidak bernyawa itu.

Bersyukurlah jika anda sudah berkahwin dan berumah tangga, kerana masih ramai dikalangan kita sukar untuk bertemu jodoh, dan berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk menjemput jodoh yang baik-baik. Jadi, jangan lah sia-siakan pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen