Cara Lupakan Seseorang Yang Hanya Permainkan Hati Anda Sahaja.

 

Dalam usaha mencari pasangan hidup ini sudah pastilah kita akan diuji dengan kehadiran orang yang salah, dan orang yang hanya mempermainkan hati kita sebelum kita berjumpa dengan seseorang yang benar-benar menerima diri kita dengan seadanya. Adakah anda mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka datang dan pergi sesuka hati mereka?



Ia pastinya bukan satu hal yang baik bukan? Apabila anda meletakkan hatinya pada dia, tetapi dia sepertinya bermain dengan perasaan anda. Lama kelamaan, anda akan merasa geram dan akhirnya mahu "membalas" tingkah laku yang menjengkelkan ini. Tidak Perlu membalas, cuma lakukan lima perkara ini sahaja.

1. Cari teman berbual.

Lupakan sahaja dirinya dengan mencari teman berbual. Mungkin anda telah banyak berkongsi banyak perkara dengannya, namun ketika ini cuba cari teman berbual yang baru. Di mana dia mampu memberi pandangan terhadap perkara ini serta mampu menghiburkan hati anda. Untuk lebih menarik lagi cari seseorang yang pandai melayani karenah anda.

2. Sibukkan diri.

Jika sukar mencari teman berbual, boleh juga anda lakukannya secara bersendirian dengan cara sibukkan diri anda dengan kerjaya anda sendiri. Perkara ini adalah lebih menarik, bukan apa ia mampu membuat anda menyiapkan kerja tepat pada masanya serta memberikan anda pulangan yang banyak seperti kewangan yang lebih.

3. Kurangkan bermain telefon bimbit.

Anda dan dirinya pasti saling berhubung melalui telefon bimbit bukan? Adalah lebih baik anda mengurangkan bermain telefon bimbit demi untuk jarakan diri anda daripadanya. Mana tidaknya, jika terlihat dirinya menghantar mesej atau menelefon anda, sudah pasti anda akan mempunyi rasa ingin tahu lalu menjawap setiap panggilan telefonnya.



4. Jangan berikan reaksi yang berlebihan.

Apabila niat anda untuk menuahkan diri darinya, maka anda sepatutnya kurang memberi reaksi terhadap apa yang dirinya katakan. Cuba untuk lakukan sesuatu agar dirinya tahu bahawa anda sudah tidak mahu melayani karenahnya yang seperti keanak-anakkan itu. Bahkan kurangkan gelak ketawa bersamanya dan kalau boleh jangan berjumpa dengan dirinya.

5. Tinggalkan dirinya terlebih dahulu.

Untuk elakkan rasa sakit hati, adalah lebih baik anda sahaja yang pergi tinggalkan dirinya terlebih dahulu. Ini adalah lebih baik dari anda yang ditinggalkan. Tapi jika anda berasa was-was, mungkin anda boleh biarkan dirinya yang pergi tinggalkan anda dan anda tanggung segala kesakitan seorang diri.

Ini adalah cara anda membalas terhadap perbuatan seseorang yang hanya mempermainkan anda sahaja. Itu jika anda mempunyai kekuatan untuk membalas perbuatannya setelah lihat dirinya hanya mahu permainkan anda. Jika tidak, tunggu sahaja lah anda bersamanya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,750 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen