Pasangan Yang Tulus Mencintai Anda Tidak Akan Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Setiap orang ingin mencari pasangan hidupnya yang begitu memahami serta serasi dengannya. Namun mencari pasangan hidup ini tidak mudah, sebab ada yang datang hanya sebagai persinggahan ataupun yang datang itu sebagai satu ujian hidup. Mugkin kita menyangka dirinya adalah pasangan yang dicari-cari tetapi rupanya sebaliknya.



Tahukan anda, seseorang yang akan menjadi pasangan anda tidak akan melukakan anda serta melakukan perkara yang anda tidak sukai. Jika si dia soulmate anda, maka dia tidak akan lakukan lima perkara ini terhadap anda.

1. Tidak katakan sesuatu yang buruk dibelakang anda.

Sama anda rakan ataupun pasangan, berkata sesuatu yang buruk dibelakang seseorang itu bukanlah satu hal yang sepatutnya berlaku. Ia seumpama menyebarkan sesuatu yang tidak benar bahkan ia sama seperti anda mengumpat pasangannya. Apabila diketahui perkara tersebut pasti ia melukakan hati.

Jadi pasangan anda ini bukan lah seseorang yang akan menjaja keburukan anda tetapi mereka ini akan menjaga setiap keburukan anda dengan baik. Dirinya juga kan cuba memperbaiki keburukan anda bersama-sama.

2. Meminta pasangan buktikan cinta.

Jika dirinya mencintai anda, dirinya tidak akan meminta anda untuk membuktikan kasih sayang ataupun cinta anda. Hal ini kerana, anda duduk di sisinya dan setia dengan dirinya telah membuktikan bahawa anda mencintainya. Jadi jika ia minta satu bukti, ia bukan lah pasangan yang sesuai untuk anda.



3. Bergurau sehingga melukakan perasaan.

Seseorang yang memahami anda dengan baik akan tahu beberapa perkara yang anda suka dan tidak jika dirinya lakukan. Walaupun dalam keadaan bergurau tetapi anda boleh terluka jika ia sesuatu gurau yang kasar. Jadi walaupun dirinya mahu bergurau, dia seharusnya tahu batas-batas yang tidak akan melukan hati anda.

4. Betengkar sampai menghina anda.

Pergaduhan dan pertengkaran ini akan sentiasa berlaku dalam perhubungan. Tetapi jika pergaduhan itu menyebabkan dirinya mengeluarkan kata-kata kesat, sehingga anda terluka dengan kata-katanya. Dirinya juga menunjukkan bukan pasangan yang sesuai untuk anda. Jika berlaku pertengkaran pun, dirinya masih tahu mengawal dari mengeluarkan kata-kata yang hanya melukakan hati anda sahaja.

5. Tidak percayakan anda.

Pasangan yang baik akan memberi kepercayaannya terhadap anda, bahkan dirinya yakin setiap perbuatan anda itu memberi maksud yang baik dan mempunyai sebab yang tersendiri. Tetapi jika dirinya mudah cemburu dan sukar percaya anda, itu bermakna dirinya tidak sesuai untuk anda.

Kesimpulnnya, mencari soulmate ini bukanlah hal yang boleh dipandang remeh. Jadi Anda perlu lebih berhati-hati terhadap pilihan anda. Ia tidak cukup sekadar anda cinta akan dirinya sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen