6 Ciri-Ciri Pasangan Yang Anda Layak Tunggu Untuk Berkahwin.

 

Pasti ada sahaja daripada anda tertanya-tanya “Patutkah aku menunggu si dia walaupun sudah setahun meluahkan perasaan? atau “Patutkah aku tunggu walaupun hubungan kami dalam jarak jauh?” atau sudah lama bercinta, tetapi ramai pula bertanyakan tentang hubungan kalian bila lagi mahu berumah tangga. Anda seolah-olah mahu menunggu si dia kerana sebab-sebab tertentu.

Tetapi janganlah pula hubungan antara kalian berdua seperti syok sendiri sahaja. Anda juga perlu melihat kesungguhan si dia dalam mengekalkan hubungan. Jom lihat ciri-ciri pasangan yang layak anda tunggu untuk dijadikan bakal suami atau isteri.

1. Tidak pernah gagal menghubungi anda walaupun dirinya sedang sibuk.

Masing-masing sudah pasti sibuk bekerja, bukan? Jadi lihat sahaja kesungguhan dirinya ketika waktu bekerja, break 10 minit pun mahu menghubungi anda, apatah lagi ketika lunch hour. Pasti si dia tidak akan gagal untuk membuat panggilan atau whatsapp anda. Dia tahu dan sedar, kesibukan bukan perkara yang mudah untuk dihindari. Paling tidak, dia memanfaatkan waktu itu dengan sebaik-baiknya.

2. Perhubungan jarak jauh (PJJ) bukanlah masalah bagi dirinya.

Anda dengan si dia bercinta dengan perhubungan jarak jauh, namun dengan kesungguhan masing-masing, masih lagi hubungan berkekalan kerana ia bukanlah menjadi masalah pada pasangan. Pasangan menganggap ia adalah cabaran untuk ditempuhi, dan dengan cara begitu sahajalah untuk menyemai perasaan rindu dan cinta. Ia adalah sebuah penghargaan.

3. Tahu menghargai masa ketika berjumpa dengan gelak tawa.

Apabila jarang berjumpa, kemudian jauh pula, sudah tentu setiap pertemuan tidak akan di sia-siakan. Tidak lah setiap kali berjumpa, asyik bermasam muka dan bergaduh. Kalian berdua bersungguh-sungguh untuk tidak mencipta pergaduhan atau perbalahan. Si dia tidak mahu perasaan rindu berakhir menjadi muram dan sendu. Dia ingin anda menikmati rasa rindu dengan tenang.

4. Kehidupan masing-masing bertambah maju.

Percintaan yang matang dan mendewasakan apabila kalian berdua tahu dengan cita-cita sendiri. Tiada sekatan tetapi lebih menyokong dan memberi dorongan antara satu sama lain. Kehidupan anda berdua diisi dengan kisah tentang hobi, impian serta matlamat yang anda berdua ingin capai. Hubungan bukanlah hanya pada persoalan perasan sahaja. Tetapi juga tentang bagaimana saling belajar memahami.

5. Menyelesaikan konflik dengan matang apabila dilanda masalah secara tidak terduga.

Masalah biasanya datang tak terduga. Tapi dengan kematangan, anda berdua harunginya dengan tenang. Sudah kebiasaan setiap percintaan pasti akan datang pelbagai masalah, walaupun berpisah dengan jarak yang jauh, ia bukanlah punca untuk terus ditinggalkan. Anda dengan pasangan tidak akan membuatkan ego diri yang menjadi dinding dalam hubungan.

Si dia cukup dewasa membimbing anda menyelesaikan masalah ini dengan tenang. Si dia memberikan anda ruang untuk mengutarakan semua keluh kesah pada diri anda.

6. Si dia sentiasa membuatkan anda rasa positif tentang hubungan tersebut.

Hubungan kalian berdua bukanlah sia-sia, begitulah pasangan menekankan tentang hubungan. Si dia sedaya upaya memberi kata-kata semangat. SI dia juga akan sentiasa berkata, kesabaran adalah kuasa yang membuat impian dan harapan anda terus hidup. Si dia meyakinkan anda, masa depan yang anda berdua perjuangkan tidak akan sia-sia. Ingatlah, hubungan jarak ini sebenarnya untuk masa depan anda yang akan datang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen