Perkara-Perkara Yang Perlu Anda Waspada Jika Ingin Bertahan Dalam Satu Perhubungan.

 

Mencari seseorang yang tepat ini bukan lah satu hal yang mudah. Anda perlu hadapi pelbagai halangan untuk terus berada dalam hubungan tersebut. Bahkan, anda juga perlu menyesuaikan diri dalam sikap pasangan anda yang mungkin perkara yang bertentang seperti anda mahukan, namun kerana sayang anda bertahan juga.



Untuk bertahan dalam perhubungan juga tidak mudah, terutama jika hanya anda sahaja yang terluka dan makan hati dengan setiap perbuatan pasangan. Dengan itu, jika anda ingin bertahan dalam perhubungan yang dibina, anda perlu berhati-hati dengan lima perkara ini.

1. Memaafkan tetapi tidak melupakan.

Sangat sukar untuk melupakan kesilapan seseorang yang kadang kala kita rasakan ia tidak sepatunya berlaku dalam perhubungan. Namun kerana sayang akan dirinya, maka kita cuba sehabis baik untuk memaafkan dirinya. Tapi dalam kemaafan itu, kita masih belum mampu untuk melupakan segala kesalahannya.

Sebab itu lah, apabila anda ingin memaafkan seseorang anda perlukan keikhlasan agar ia seiring dengan anda melupakannya. Biasanya apabila kesalahan tidak mampu dilupakan ini, ia akan menjadi dendam dan sakit hati yang mampu memudarkan rasa sayang yang ada.

2. Menyimpan masalah perhubungan bersendirian.

Jika anda merasai satu perkara yang membuat anda tidak selesa terhadap perhubungan anda, mendiamkan dan menyimpannya bersendirian itu bukan lah satu perkara yang tepat. Anda harus meluahkan rasa tersebut kepada pasangan anda walaupun dirinya tidak mahu membahaskan perkara tersebut. Mana tidaknya, dalam perhubungan terdapat dua orang, jadi bukan anda seorang sahaja yang perlu berhadapan dengan perkara tersebut.

3. Ulangi kesilapan yang sama.

Jika masalah dan pertengkaran yang anda hadapi selalu sama serta berulang kali, tanya kembali diri anda, adakah anda boleh hadapi jika masalah itu kerpa kali terjadi semula. Bagaimana jika anda selalu bertengkar dengan masalah yang sama? Adakah hubungan anda boleh menjadi lebih baik sekiranya masalah itu menjadi lebih teruk lagi? Hubungan anda itu memerlukan pelbagai soalan yang perlu anda hadapi bersama-sama untuk selesaikannya jika masing-masing ingin pertahankan perhubungan tersebut.



4. Terlalu rapat sehingga sukar untuk berjauhan.

Sesetengah pasangan sememangnya terlalu rapat dalam banyak perkara. Mereka terlalu bergantung antara satu sama lain sehinggakan mengalami masalah bersama rakan-rakan sekeliling. Mana tidaknya, anda lebih banyak menghabiskan masa bersama pasangan berbanding rakan-rakan sendiri.

Menjadi terlalu rapat sehingga susah untuk berpisah ini tidak salah, tetapi ia akan menjadi punca masalah apabila salah seorang perlu pergi untuk satu tempoh masa. Dan ketika itu lah kalian sukar untuk mengatasi setiap masalah yang bakal datang.

5. Lebih fokus kepada perkara lain apabila bersama pasangan.

Apabila anda berhadapan dengan pasangan tidak kira lah keluar bersama atau makan bersama tetapi anda lebih memilih untuk bermain telefon bimbit berbanding ingin bercakap dengan dirinya. Pada permulaanya dia memang tudak kisah tetapi lama kelamaan, dirinya akan mula naik bosan dengan tingkah laku anda yang tidak menghargai masa bersama dengannya.

Dalam keseronokkan menjalinkan hubungan ini jangan terleka akan perasaan pasangan kita, bahkan masing-masing perlu bijak membahagikan perhubungan dengan hubungan yang lain. Jika tidak ia akan menjadi masalah dalam perhubungan walaupun ia seperti baik-baik sahaja pada awalnya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen