Hal-Hal Yang Perlu Diperhatikan Sebelum Cakap “Yes I Do”.

 

Siapa sahaja yang tidak akan berasa gembira apabila mendapat lamaran dari sang kekasih yang telah lama curahkan rasa sayang bersama. Mana tidaknya, setiap perhubungan ini sememangnya menunggu detik ini untuk mengetahui seseorang lelaki itu benar-benar serius terhadap hubungan yang dibina. Apabila dilamar atau diajak berkahwin ini, ramai sahaja yang terus melompat dan bersetuju.



Jangan terburu-buru, sebelum anda terima lamaran dari si dia, anda perlu terliti beberapa perkara terlebih dahulu. Perkara-perkara ini untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini pada masa akan datang. Berikut adalah lima perkara tersebut.

1. Terima kekurangannya.

Setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing begitu juga anda dan dirinya. Jadi sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya, adakah anda telah menerima segala kekurangan yang ada padanya. Jika belum, cuba untuk belajar menerimanya, hal ini kerana setelah berkahwin pelbagai kekurangan dirinya yang akan anda lihat.

Sebab itu lah anda perlu terima hati yang terbuka mengenai kekuranganya dan bersedia untuk terima pelbagai lagi perkara yang mungkin anda tidak akan bersetuju terhadap perkara tersebut.

2. Jalinkan perhubungan baik dengan calon mertua.

Keluarga mertua adalah salah satu perkara yang terpenting setelah anda berkahwin dengan pasangan anda. Ia mungkin akan membantu anda, menerima kehadiran anda ataupun boleh saja menjadi perosak kebahagiaan rumahtangga anda nanti. Jadi cuba kenali hati budinya dan berkawan rapat dengannya. Baru lah dirinya akan menerima anda dengan hati yang terbuka.

3. Saling menyokong.

Adakah anda sanggup bersama pasangan dikala dirinya susah dan senang? Adakah kalian saling berhadapan dengan setiap masalah bersama-sama? Dalam alam perkahwinan ini pelabagai dugaan yang perlu anda tempuhi. Sebab itu lah pentingnya saling menyokong ketika susah dan senang.

Anda tidak boleh larikan diri apabila pasangan anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan dirinya. Bahkan, anda juga tidak boleh ambil kesempatan terhadap kesenangan dirinya sahaja. Jadi adakah anda siap memberi sokongan terhadap pasangan anda dalam apa jua keadaannya nanti?



4. Samakan tujuan hidup serta hubungan.

Anda dan dirinya akan duduk dubawah satu bumbung yang sama, berkongsi tilam yang sama serta makanan yang sama. Jadi persamaan tujuan hidup serta hubungan ini amatlah penting untuk pastikan tidak ada kemahuan yang terbatas. Bahkan persamaan tujuan ini membantu anda mencapai apa yang anda mahukan dalam perhubungan yang dibina itu.

5. Selesaikan salah faham yang tersimpan.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum berkahwin adalah perkara ini. Selesaikan terlebih dahulu salah faham atau rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Mana tidaknya, jika anda tidak luahkan dan selesaikan sekarang, ia akan menjadi perkara yang berlarutan selepas berkahwin nanti. Jadi sebelum hal menjadi lebih sukar dan terhad adalah lebih baik selesaikan sekarang.

Jadi sebelum berkata “yes I do” ini adalah lebih baik anda menitik beratkan akan lima perkara ini. Hal ini kerana, selepas berkahwin boleh lah anda terus saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan berhadapan dengan masalah yang seminimum mungkin.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen