4 Sikap Wanita Yang Bersedarhana Ini Lebih Cepat Terpikat Dihati Lelaki.

 

Nak pikat hati lelaki ini mudah sahaja sebenarnya, terutama jika anda sudah berkenalan mahupun berkawan dengan dirinya. Nak pikat mereka ini selain ada rupa paras anda ada sahaja perkara lain yang mampu membuat ya terpikat. Wanita pula banyak ragamnya, mudah rasa cemburu dan terlalu overthinking hingga membuatkan lelaki was-was untuk dekati anda. Jom kita tengok sifat apa yang buat lelaki mudah terpikat.



1. Mudah terhibur.

Wanita yang mudah terhibur ini dikatakan lebih mudah lekat dihati lelaki. Mana tidaknya, mereka ini mudah cair melihat gelak tawa anda itu. Sebab itu lah mereka akan kerap gunakan pelbagai usaha untuk membuatkan anda ketawa. Gelak tawa anda itu lah yang akan membuatnya tersenyum serta terbanyang-banyangkan wajah anda.

2. Mudah diajak bergurau.

Pasti sangat membosankan jika bersama dengan wanita yang sentiasa serius sahaja. Hendak bergurau sedikit pun tidak boleh. Ia akan membuat lelaki rasa rimas bersamanya. Tapi jika wanita yangmudah diajak bergurau serta saling menyakat, mudah lah buat lelaki ini terpikat. Mana tidaknya gurauan yang diberikan itu kadang-kadang terlekat dihati dan fikirannya.

3. Suka berikan perhatian.

Lelaki juga mudah terpikat dnegan wanita yang berikannya perhatian saat dirinya perlukan. Hal ini kerana, mereka rasakan bahawa wanita itu mampu menjaganya dengan baik. Bahkan ia membuatkan dirinya rasa dihargai.



4. Sopan.

Mana-mana lelaki pasti akan lebih terpikat dengan wanita yang lemah lembut dan sopan santun ini. Mana tidaknya, dirinya merasakan wanita ini akan melayaninya dengan lembut serta mudah mendengar katanya. Bukan itu sahaja, wanita ini dikatakan semakin berkurangan. Jadi pastilah ia mampu memikat hati si jejaka.

Keempat-empat sikap atau kelakuan ini adalah perkara yang mudah melekat dihati seseorang. Jadi jika ia ada pada anda, maka serlahkan ia tetapi jangan berlebihan pula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen