“Hati-Hati Jika Awak Dihampiri Suami Orang...” – Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

 

Ada yang kata suami orang ini banyak kelebihannya berbanding lelaki bujang. Ada juga yang menyatakan bahawa isterinya tidak tahu menjaga suaminya dengan baik adalah punca suaminya mencari lain. Bahkan, anda yang menyatakan tidak salah jika ia hanya menumpang kasih. Itu adalah perkara-perkara yang biasa didengari oleh seseorang yang menjadi pihak ketiga.



Walau bagaimanapun, banyak yang kita tidak tahu mengenai suami seseorang melainkan isterinya sendiri. Berikutan itu, mari kita ikuti perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin, tentans suami orang ini.

Hati-hati jika awak dihampiri suami orang.

Suami orang tampak menarik, kelihatan sempurna disebabkan isterinya dah menutup cacat celanya. Baik buruknya, berada di dalam genggaman isterinya. Aibnya, disimpan kemas-kemas oleh isterinya. Isterinya yang telah menyempurnakan dirinya.

Insan yang melahirkannya, membesarkannya sendiri pun takkan kenal siapa anaknya seperti seorang isteri kenal siapa suaminya.

Orang luar hanya nampak diri si suami sahaja, tak nampak diri orang yang berada dibelakang suami. Orang luar hanya melihat dari luaran diri seorang suami itu sahaja, dalamannya hanya si isteri sahaja yang tahu. Kita menyukai peribadi yang ditunjukkannya, walhal didalam rumahnya, peribadinya cukup-cukup memualkan.



Jika kita bercakap soal hati ke hati, nescaya 3, 4 muka surat mampu ditulis oleh seorang isteri tentang keburukan, kelemahan, kekurangan suaminya. Namun, biarlah dia seorang sahaja yang mengetahuinya. Ikhlas menerima suaminya seadanya.

Suami pula sentiasa merasakan dirinya tiada salah, dirinya bagus, dirinya hebat. Walhal sebenarnya, tak pun. Dia penuh dengan keburukan, kelemahan, dan kekurangan, cuma dia terlalu ego utk menyedari akan semua ini.

Maka berhati-hati lah jika dihampiri atau terjatuh hati dengan suami orang, kerana dirinya tak seindah dan sehebat yang ditunjukkan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen