Jom Ketahui Tips Untuk Kekal Setia Bersama Pasangan Daripada Perkongsian Lelaki Ini.

 

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, kenapa masih tidak setia? Apa kau ingat perkahwinan tu satu permainan ke?

Setia bergantung kepada hati masing-masing. Kau sendiri yang kena cuba berfikir dan belajar untuk jadi seorang pencinta yang setia.

Berikut merupakan 7 tips bagaimana untuk setia :

1. Ingat Saat Susah Senang Bersama.

Masa kau nak ke dia, bukan main kau guna macam-macam cara. Bila dah dapat, kau buat dia macam tak wujud je. Ingatlah, dia sanggup terima baik buruk kau, sanggup bersama-sama dengan kau saat kau tak punya apa-apa.

Bila dah senang sikit, mulalah kau rasa bosan dengan dia. Apa yang dia buat semua tak kena. Kalau dia sanggup bersama-sama dengan kau saat susah dan senang, kenapa tidak kau?

Kadangkala bila Allah uji sikit, mulalah kau berubah. Bila dah berkahwin, tiba-tiba suami/isteri kau kemalangan atau jatuh sakit. Mula-mula kau jaga dia. Lepastu hantar dia balik rumah mak ayah dia. Last sekali, kau pun cuba cari pengganti dia.

Ada yang kahwin lain masa isteri tengah sakit. Alasannya sunyi, perlukan teman. Kau ni tak ada hati dan perasaan ke? Mana janji kau nak bersama saat susah dan senang? Kalau nak buat apa-apa tu, fikir lah dulu. Fikirkan suami/isteri yang sanggup susah payah dengan kau. Cuma Allah uji kau sikit je kali ni.

2. Sentiasa Berdoa.

Doa itu senjata orang mukmin. Sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan hati suami/isteri hanya untuk kau. Allah yang pegang hati manusia. Jadi, berdoalah semoga Allah tidak membolak balikkan hati pasangan kau.

3. Mesti Jujur Dalam Setiap Perkara.

Nak jadi setia, kena belajar jadi jujur dalam setiap perkara. Bila dah berkahwin, jangan ada rahsia antara suami dan isteri. Nak buat apa pun bagitau la pasangan kau dulu. Jangan sampai dia fikir bukan-bukan pasal kau.

Bila kau sentiasa jujur, berterus terang dan kongsi segalanya dengan dia, pasangan kau pun akan rasa senang. Tidak ada syak wasangka. Daripada situ, kau belajar untuk jadi seorang suami / isteri yang setia.

4. Bersyukur Atas Jodoh Yang Diberi Oleh Allah.

Cuba tengok orang sekeliling kau. Masih ada yang tercari-cari pasangan hidup sedangkan usia semakin meningkat. Jadi, kau patut bersyukur atas jodoh dan pasangan hidup yang diberikan Allah. Kalau nak buat sesuatu, fikirlah. Adakah perbuatan kau tu memberi manfaat kepada pasangan kau. Bersyukurlah kerana dia sanggup menerima kau seadanya. Orang lain belum tentu lagi. Siapapun pasangan hidup kau, yakinlah, dia adalah jodoh terbaik yang telah Allah tetapkan untuk kau. Jangan pandang kekurangannya, lihat kelebihannya.

5. Ingat, Sekali Hilang Kepercayaan Yang Diberi Suami /Isteri, Kau Takkan Dapat Raih Kembali Kepercayaan Tu.

Kau ingat senang ke nak bagi orang percaya dengan kita? Apabila sudah berkahwin, maksudnya suami/isteri kau tu memang percaya dengan kau. Jadi, jagalah kepercayaan tu dengan sebaiknya. Sekali kau hilangkan kepercayaan yang diberi, kau takkan dapat meraihnya kembali.

Apabila pasangan kau dah tak percaya dengan kau, hidup dalam rumah tangga pun jadi tak tenang. Jadi, kau mesti sentiasa beringat. Jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. Nanti kau akan menyesal sampai mati.

6. Mengenang Kembali Pengorbanan Suami / Isteri.

Bagi si suami, kalau kau rasa nak kahwin lain sebab bosan dengan isteri kau, isteri dah tak cantik atau kau cakap dia tak pandai melayan kau, kau ingat dan kenang kembali pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk kau, jaga makan minum kau dan anak-anak. Pernah dia mengeluh? Pernah dia cakap penat?

Bagi si isteri pula, kalau rasa bosan dengan kehidupan kau dengan suami sebab kau rasa dia tak dapat bagi kau kemewahan, ingat dan kenanglah pengorbanan dia berusaha mencari rezeki untuk kau dan anak-anak. Pernah ke sepanjang hidup dengan dia kau dan anak-anak tak makan? Pernah ke dia biar hidup kau dan anak-anak berpanas dan berhujan?

7. Jangan Melayan Orang Yang Ketiga.

Adakalanya, dalam rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga. Minta jauhla benda-benda macam ni. Ujian ini bukan untuk si suami je, si isteri pun ada. Tetapi kebanyakan ujian orang ketiga ini melibatkan si suami.

Ada isteri orang bercinta dengan suami orang. Ada suami orang bercinta dengan perempuan lain. Macam-macam lagilah. Kau kena ingat. Itu semua ujian. Cubalah tepis ujian tu.

Kau tu pantang ada perempuan dahi licin puji sikit, terus perasan dia nak ke kau. Lepastu mula la melayan bagai.

Baik kau jaga rumah tangga kau sebaik-baiknya daripada pening kepala melayan orang lain tu. Layan suami/ isteri dan anak-anak yang lebih memerlukan kau. Tolonglah jangan melayan orang ke 3 yang muncul dalam hidup kau. Setialah pada yang satu.

Apa yang saya tulis hanya panduan buat kita semua. Jagalah keluarga yang Allah amanahkan untuk kita. Jadilah seorang suami / isteri yang setia sehingga hujung nyawa.

Kau tu yang selalu up gambar sedang bahagia dengan pasangan kau tu bawa-bawa la kurangkan sikit. Mana tahu ada yang cuba nak dapatkan pasangan kau tu. Kalau kau tengah bercinta, pakwe/makwe kau ada pasang lain kau masih setia menunggu dia tu bukan setia namanya. Itu bangang. Kah!

******** Semoga Bermanfaat ********


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen