Elakkan Rasa 4 Perkara Ini Jika Anda Mahu Segera Bertemu Jodoh.

 

Jodoh adalah perkara yang kerap menjadi satu teka teki oleh semua orang, terutama mereka yang sedang menunggu jodoh. Untuk bertemu dengan jodoh ini agak sukar kerana kita tidak tahu siapa dia dan bagaimana orangnya. Maka dengan berbekalkan doa dan usaha sahaja yang membuatkan jodoh itu datang menghampiri kita. Namun begitu, dalam mencari jodoh ini terdapat beberapa perkara yang perlu kita elakkan agar jodoh itu tidak takut untuk hampiri kita.



Berikut adalah empat perkara yang perlu dielakkan:

1. Rasa takut bersendirian.

Sudah pasti dalam usaha mencari jodoh ini, kalian akan melihat rakan-rakan sebaya anda mula mendirikan rumah tangga ataupun sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Jadi sedikit sebanyak anda akan rasa takut jika anda akan hidup secara bersendirian di muka bumi ini. Jangan mempunyai perasaan sebegini, hal ini kerana, anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan sebagai peneman anda. Bahkan anda juga ada Allah yang akan menjaga anda dikala anda sedar mahupun tidur. Sebab itu lah, apabila anda mula letakkan satu pengharapan kepada seseorang ia akan mula menjauhi anda.

2. Rasa ingin hidup bebas.

Tidak salah jika anda ingin hidup bebas tetapi ini juga salah satu punca menyebabkan anda lambat bertemu jodoh anda. Mana tidaknya, keseronokkan mencari kegembiraan hidup ini membuatkan anda lupa untuk mencari pasangan hidup anda. Hal ini kerana, anda merasakan jika ada pasangan anda akan lebih terikat dan sukar untuk jalani kehidupan seperti yang anda mahukan.



3. Rasa takut mendapatkan pasangan yang salah.

Semua orang mempunyai perasaan sebegini, iaitu perasaan takut miliki pasangan yang salah. Jika wanita sudah tentu lah mereka tidak mahu menjadi mangsa di dalam satu perkahwinan sebab itu mereka miliki perasaan sebegini. Tetapi, jangan terlalu takut, kerana ia akan membuatkan anda rasa terbawa-bawa dengan perasaan dan cerita-cerita yang menakutkan. Akhirnya anda sendiri tidak mahu berkahwin. Jika anda terus menerus memiliki perasaan seperti ini, ia hanya akan membuatkan anda semakin jauh dengan jodoh anda sendiri.

4. Rasa takut akan tanggungjawab.

Baik lelaki ataupun wanita sudah pasti akan mempunyai tanggungjawab masing-masing apabila sudah berkahwin nanti. Jika masa ini anda sudah merasakan bahawa ia satu bebanan macam mana anda mahu jalankan tanggungjawab nanti. Jadi adalah lebih baik anda biasakan diri anda dengan satu tanggungjawab seperti kepada ibu bapa anda. Jadi tidak lah anda merasakan bahawa ia satu beban apabila sudah terbiasa nanti.

Empat perkara ini adalah perkara yang membuat anda semakin jauh dengan jodoh anda, bahkan ia juga membuat anda merasakan perkahwinan itu adalah perkara yang menakutkan, sedangkan ia adalah sebaliknya. Jadi jika ada perasaan sebegini, cuba untuk buangnya sejauh yang mungkin.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,367 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen