8 Sebab Sebahagian Wanita Lebih Suka Mengejar Lelaki Yang Sukar Mereka Miliki.

 

Zaman sekarang ada sahaja sebahagian daripada wanita lebih suka mengejar lelaki yang mereka minat. Wanita ini juga tidak berputus asa untuk memiliki lelaki tersebut, agar jatuh dalam tangan mereka. Wanita jenis ini bukanlah tidak tahu malu, cuma mereka tahu apa yang mereka mahu. Jadi, selagi mereka tidak dapat lelaki yang mereka minat, sudah pasti mereka tidak akan berputus asa.

Jom lihat antara sebab mengapa wanita zaman sekarang terhegeh-hegeh pada lelaki yang sukar untuk mereka dapat, atau boleh dikategorikan sebagai perigi mencari timba…

1. Lelaki ini sukar diramal.

Bagi wanita, lelaki sebegini sukar diramal. Ada sahaja tindak tanduk lelaki ini yang membuatkan wanita tertanya-tanya. “Semalam macam suka, hari ni macam menyampah pula…” Lelaki sebegini kadang-kala membuatkan kehidupan wanita lebih mencabar dan tidak pernah bosan, kerana setiap hari pasti ada perasaan untuk stalk lelaki tersebut.

2. Lelaki ini mempunyai aura tersembunyi.

Entah mengapa, lelaki sebegini mempunyai aura untuk wanita sentiasa mengejar mereka. Lelaki ini tidak dianggap lemah, apatah lagi sebagai lelaki yang pemalu. Cuma lelaki ini kelihatan misteri yang membuatkan wanita sering tertanya-tanya tentang lelaki tersebut.

3. Lelaki ini membuatkan wanita berani bertindak.

Disebabkan lelaki ini sangat misteri, dan membuat para wanita tertanya-tanya tentang dirinya, maka ia menyebabkan wanita bertindak dengan berani. Seperti menegur untuk kali pertama, tidak segan untuk bertentang mata, mengajak untuk keluar bersama dan seumpama dengannya.

4. Lelaki ini juga dianggap seksi bagi pandangan wanita.

Oleh sebab itu, ada sahaja sebahagian wanita lebih rela mengejar lelaki ini, kerana bagi pandangan mereka, lelaki ini seksi. Mungkin lelaki ini seperti main tarik tali, senyum senget sedikit kemudian menghilangkan diri, namun secara tiba-tiba munculkan diri dan menjadi lebih nakal. Kelakuan lelaki ini menjadi pencetus wanita menjadi perigi mencari timba.

5. Lelaki ini sukar untuk dimiliki.

Sebagai manusia biasa, memang lumrah dalam diri tidak pernah puas apa yang mereka miliki. Bukan sahaja para lelaki yang mempunyai perasaan sebegitu, wanita juga mahukan sesuatu yang sukar mereka perolehi. Oleh sebab itu, mereka sentiasa mengejar apa yang mereka mahu. Selagi tak dapat, selagi itu mereka masih terhegeh-hegeh.

6. Lelaki ini lebih mencabar.

Apabila ia sukar untuk diperolehi malah dimiliki, ia dianggap mencabar bagi wanita. Ada sahaja wanita yang suka pada cabaran, dan oleh kerana itu mereka tidak kisah mengejar lelaki sebegini. Tidak kisah dilempar dengan segala gelaran, asalkan wanita ini bebas mengembara dan ‘memburu’ lelaki yang mereka minat.

7. Lelaki ini membuat hari-hari mereka menjadi seronok.

Kadang-kala mengejar lelaki membuatkan wanita menjadi seronok pula. Bukan sahaja dapat melihat lelaki tersebut dari jauh, mahupun dari dekat, boleh juga menjadi stalker terhebat. Melihat sosial media lelaki ini tidak pernah membosankan kerana dapat melihat momen-momen lelaki tersebut. Jika tiada update yang baru, dapat lihat throwback sahaja pun memadai.

8. Lelaki ini menepati citarasa mereka.

Dan yang paling penting, jika anda melihat ada sahaja wanita yang tidak putus asa mengejar lelaki yang sukar untuk mereka miliki adalah kerana lelaki tersebut memang menepati citarasa mereka. Berkemungkinan hanya pada lelaki tersebut, wanita ini dapat merasakan gembira dan bahagia. Tiada siapa yang tahu. Hanya empunya diri sahaja yang mengetahuinya sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen