3 Sebab Utama Kenapa Orang Pertama Yang Melukakan Hati Anda Sukar Untuk Dilupakan.

 

Setiap insan dikalangan daripada kita pasti pernah merasa cinta yang pertama atau dipanggil first love. Ada sebahagian daripadanya berjaya menjadi cinta pertama dan terakhir, namun ada juga sebahagiannya tidak bernasib baik untuk memiliki insan tersebut sebagai pasangan sehidup semati.

Ramai yang mengatakan cinta pertama memang sukar untuk dilupakan oleh beberapa sebab iaitu…

1. Jika dia cinta yang pertama, mahukan si dia juga menjadi cinta yang terakhir.

Apabila sedang dilamun cinta, sudah pasti hati anda dengan pasangan sudah bertaut. Menabur kata-kata manis, janji-janji yang mengunung tinggi menyebabkan situasi tersebut memberi anda harapan yang tinggi. Anda merasakan si dia yang anda kenal akan bertaham sehingga ke jinjang pelamin, namun tidak pula terjadi.

Siapa sahaja mahu bermain-main ketika bercinta, tidak serius dengan hubungan, bukan? Sudah tentu apabila mula sahaja hati dan perasaan terdetik untuk berkenalan dan bercinta dengan seseorang, perkahwinan yang kita akan fikirkan. Dan disebabkan belum lagi merasai cinta pada sebelum ini, perkahwinan yang indah sudah mula terbayang.

2. Orang pertama yang mengajar erti sayang dan cinta.

Anda memang langsung tidak pernah bercinta, dan hanya si dia lah orang pertama yang berjaya mencuri hati anda. Anda sukar untuk melupakan si dia sebagai orang pertama memberi cinta kerana, dia lah yang telah mengajar erti sayang dan cinta. Jika sebelum ini, anda hanya mengetahui cara-cara untuk menyayangi seorang ibu, bapa, adik-beradik atau haiwan peliharaan, tetapi kali ini lain.

Dia lah orang pertama yang memberikan cinta yang amat berlainan. Perasaan suka, cinta dan sayang itu diberi oleh Ilahi, untuk kita menyelami perasaan tersebut. Ia adalah salah satu anugerah yang tidak boleh diungkap, sudah pasti ia sukar untuk dilupakan.

3. Orang pertama yang memberi kenangan terindah.

Dia juga orang pertama yang berjaya memberi kenangan yang terindah kepada anda. Sebagaimana memberi erti cinta dan sayang yang berlainan, sudah tentu memori yang terpahat juga sangat istimewa. Dia lah orang pertama mengajar anda tentang segala perkara atau aktiviti yang anda tidak tahu selama ini.

Dikala ahli keluarga atau sahabat tidak dapat memberi kenangan tersebut, sudah tentu si dia orangnya yang memberi malah mencipta kenangan baru bersama anda.  

Dikala semua orang yang anda harapkan kasih sayang, tiba-tiba muncul pula si dia yang mampu memberi perhatian kepada anda.

Namun, ia hanyalah kenangan dan memori lepas. Mungkin tanpa mereka, anda tidak tahu bagaimana untuk mencintai, dicintai dan dilukai. Terlalu banyak perasaan yang telah anda lalui ketika bersama si dia. Disebabkan dia anda menjadi tabah dan kuat mengharungi hari-hari tanpanya. Berpisah adalah jalan yang terbaik, kerana ia adalah keputusan bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen