10 Perangai Bakal Pengantin Yang Kawan Mereka Kena Faham.

 

Kawan-kawan kena faham antara 10 perangai bakal pengantin ni :

1.  Selalu 'on diet'.

Jika ajak makan lunch ke, makan dinner ke, lepak minum-minum ke, selalu dia jawab "Tak boleh, tengah diet." HAH... ini memang biasa. Yang berjiwa gagah dan kental sedikit, ada yang lepak sama juga, tapi dia order makanan yang berkalori rendah sahaja. Ini memang respek.



2. Jimat.

Jika dulu kawan anda ini suka shopping, beli baju, beli make up, beli macam-macam, suka travel, suka makan dan lain-lain, akhir-akhir ini dia seperti sudah perlahankan sedikit aktivitinya. Terutamanya aktiviti yang melibatkan belanja yang mahal. Ada juga yang sudah mula bawa bekal. Jangan usik kawan anda pula. Bukan senang nak bendung aktiviti yang sudah selalu kita buat. Bagi sokongan padu.

3. Follow banyak akaun yang berkaitan perkahwinan di Instagram.

Ada satu ruangan di Instagram yang selalu update aktiviti terkini kawan kita. Kawan anda yang sorang ini update dia selalu tentang dia like, komen atau follow akaun yang berkaitan perkahwinan. Daripada pelamin, pembuat hantaran, mekap, baju hinggalah kanopi. Semua dia follow.



4. Dia mula bersenam atau sekurang-kurangnya...ada azam untuk bersenam.

Kawan anda ini dulu couch potato? Tiba-tiba lepas kerja, aktiviti dia sekarang pergi bersenam di taman atau ke gym ke atau pergi main badminton ke. Makin rajin dan gigih. Tapi, ada juga yang azam dah sampai, tapi setakat ini hanya mulut sahaja yang baru bergerak. Bagi support sikit pada rakan anda. Kalau rakan anda benar-benar mahu ketatkan dan tengangkan lemak-lemak yang selalu goyang-goyang itu, ambil masa juga. Jadi kena mula awal sedikit.

5. Power pasal make up.

Kawan anda yang nak kahwin ini makin power pasal make up. 'Countouring' pun dah macam pro. Ini semua hasil research kawan anda tentang make up dan semua hal berkaitan. Selain itu, anda cuba sebut nama mana-mana MUA dekat Malaysia ini. Mesti dia pernah stalk di instagram.

6. Pro tentang harga sewa atau harga belian rumah untuk kawasan tertentu.

Bila nak kahwin, tentunya kawan anda dan pasangan akan cari rumah untuk didiami bersama kan? Kalau anda tengah cari rumah ke apa, anda boleh tanya mereka yang baru nak berkahwin ini. Mereka boleh jawab tentang harga pasaran berapa, harga bayaran bulanan berapa, proses nak beli rumah macam mana, kawasan mana yang elok dan lain-lain. Paling best, pendapat mereka ini selalunya tidak bias.



7. Pro tentang harga barangan rumah.

Jika dulunya, kawan anda ini endah tidak endah sahaja tentang harga barangan rumah, sekarang ini semua pun dia tahu. Daripada barangan elektrik, harga perabot lain hinggalah ke barangan runcit, semua harga dalam otak sudah. Baguslah itu. Kiranya dia dah prepare.

8. Anda jadi tukang eksperimen makan masakannya.

Untuk kawan kepada bakal pengantin yang sudah pandai memasak, anda terselamat juga. Bagi bakal pengantin yang baru nak cuba-cuba memasak, kawan mereka ini yang selalu jadi tukang rasa dan makan. Kalau sedap okay, tapi kalau tak sedap tu kesian sikit. Tapi tak apa lah. Belajar memang kadang kala ada yang tersilap sedikit kan. Bagi tips memasak sikit untuk kawan anda itu. Sekurang-kurangnya dia optimis dan ada keinginan untuk belajar. Plus, anda pun dapat makan free.




9. Homesick.

Mungkin tidak semua macam ini, tapi ada juga bakal pengantin tidak kiralah lelaki atau perempuan, makin dekat nak kahwin, makin homesick. Lebih-lebih lagi yang duduk jauh daripada ibu bapanya. Tak apa. Comel apa rindu mak ayah. :)

10. Stress sikit.

Apabila ada projek baik seperti mendirikan rumah tangga misalnya, selalunya ada sedikit ujian. Masa ini kawan anda stress sikit. Kadang kala bila tak tahan itu boleh nangis-nangis. Anda kuatkanlah dia. Apabila tekanan itu datang daripada keluarga atau bakal mentua yang bermaksud anda tidak boleh masuk campur sebagai kawan, anda dengar sajalah. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen