“Kenapa Awak Single Ya?” ‘Haramkan’ Antara Soalan Ini, Jika Tidak Mahu Ditolak Secara Mentah Pada Awal Perkenalan.

 

Anda mahu berkenalan dengan seseorang yang baru sahaja anda bertemu. Berkemungkinan sudah lama berkawan di sosial media, namun tidak pernah pula berjumpa. Dan anda dengan si dia membuat keputusan untuk berjumpa kerana ingin mengetahui jika anda dengan dirinya mempunyai magnet atau chemistry.

Jadi, apabila anda dengan si dia bertemu, elakkan dari menyoal antara soalan di bawah…

1. “Dah berapa lama awak single, tak laku ke?”

Jangan tergopoh-gopoh soal seperti soalan ini, ketika pertama kali berjumpa. Ia seolah-olah anda tidak mempunyai adab dan tidak sensitif dengan soalan yang bakal diutarakan. Dengan soalan sebegini, sudah tentu si dia akan mengandaikan anda tidak tahu untuk menjaga hatinya kelak. Dan tidak mustahil, anda adalah seorang yang mudah untuk melontarkan kata-kata sensitif sebelum berfikir. Jadi, elakkan soalan begini walaupun ia kelihatan seperti usikan dan gurauan.

2. “Apa jadi dengan bekas kekasih awak yang sebelum ni? Awak atau dia yang minta putus…”

Sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita pasti akan tidak selesa apabila seseorang cuba mengulas kembali soalan seperti tentang bekas kekasih. Isu tentag bekas kekasih adalah taboo jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Pada awal perkenalan, sepatutnya anda dengan si dia hanya menceritakan tentang diri masing-masing sahaja, bukan tentang orang lain.

Berkenaan dengan bekas kekasih ini, hanya boleh berkongsi cerita jika anda dengan si dia sudah lama mengenali, dan amat selesa untuk bercerita mengenai apa sahaja.

3. “Awak ada buat medical chek up? Ada cuba check HIV?”

Soal kesihatan juga amat sensitif pada seseorang, terutamanya jika anda mula spesifik kan gaya soalan seperti “Awak ada kanser?” atau “Awak ada HIV?”. Mungkin anda baru sahaja pergi ke Awareness Campaign berkenaan dengan kesihatan, tapi ia tidak bermaksud anda boleh mula soalkan seperti soalan berikut jika pertama kali berjumpa.

Mungkin anda seorang yang ramah, boleh bualkan semua isu atau mungkin mahu memberi kesedaran pada si dia pula, tetapi jangan terlalu berterus-terang ya!

Dan antara soalan-soalan lain yang anda boleh elakkan adalah;

  • “Awak ada berapa orang kekasih sebelum ni?”
  • “Kerja macam awak stress tak?”
  • “Gaji yang awak dapat, apa yang awak buat?”
  • “Tak pernah terfikir nak kuruskan badan ke?”
  • “Kenapa tak kerja tempat yang dekat dengan rumah awak?”

Jadi, untuk secara general, berkongsi sahaja cerita berkenaan perkara yang tidak mudah menyentap perasaan si dia seperti soalan yang sensitif, politik, agama, kesihatan dan terutamanya kedudukan kewangan si dia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,861 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen