“Nasihat Khas Untuk Suami Dan Bakal Suami…” – Ikuti Perkongsian Ini.

 

Tidak ramai yang mampu memahami dan menghargai pasangan dengan baik. Rata-rata hanya bersikap sambil lewa sahaja apabila seseorang yang dulu dicintai, kini telah menjadi suami atau isterinya. Buat suami dalam kepenatan anda pulang dari kerja jangan lupa untuk melihat isteri anda yang juga sedang bertungkus lumus menyiapkan segala benda untuk anda. Mari lihat sedikit nasihat hasil perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.



Nasihat untuk seorang suami...

Saat kamu sudah menjadi suami, sesekali pandanglah wajah isteri kamu ketika dia tidur. Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan kamu namun tetap terus berusaha mencintai kamu dan menyayangi kamu seadanya diri kamu.

Saat kamu pulang dari bekerja, dialah yang setia menanti kamu di depan pintu, setiap hari tanpa jemu.

Peganglah tangannya, lihatlah kakinya. Tangan yang semakin kasar, kaki yang semakin merekah, tapi itulah tangan dan kaki yang melahirkan, menguruskan, membesarkan anak-anak kamu, melakukan kerja-kerja rumah untuk kamu dan memasak makanan yang sedap-sedap untuk kamu.

Dia memilih untuk menjadi isteri kepada kamu sebelum dia sempat membalas seluruh jasa dan budi kedua orang tuanya.

Banyak yang dia korbankan untuk kamu. Banyak yang dia berikan untuk kamu. Dia berusaha menyelesaikan apa jua masalahnya sendiri tanpa perlu membebani kamu.



Kamu tidak pernah tanya dia ok atau tidak. Kamu tidak pernah cuba memahami dirinya. Penat dia, letih dia, dia pendam dari pengetahuan kamu. Hal-hal kecil bagi kamu adalah hal-hal yang besar dan bermakna untuk dirinya.

Kamu jarang tanya apa yang dia mahukan. Kamu jarang tanya apa yang dia perlukan. Kamu layan dia sekadar sahaja. Kamu buat dirinya seolah-olah dia "hamba" kamu.

Kamu rasa nak memarahi dia, kamu buat. Kamu rasa nak hina dia, maki dia, kamu buat. Kamu rasa nak pukul dia, kamu buat.

Tidakkah kamu rasa bersalah dengan perbuatan kamu itu, sikap kamu terhadap seorang isteri? Adakah kamu mempunyai kuasa sebegitu ke atas seorang isteri? Ketahuilah, sekiranya kamu sebagai manusia boleh berbuat zalim terhadap manusia yang lain, terutamanya isteri kamu, maka Allah lebih dari mampu untuk membalas segala kezaliman yang kamu lakukan kepada diri kamu. DIA lebih berkuasa dari seorang suami.

Jika kamu sudah tidak mampu untuk menjaganya, pulangkan semula dia kepada orang tuanya.

Semoga ia bermanfaat untuk anda menghargai pasangan anda yang masih setia di sisi anda itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen