4 Tanda Anda Lebih Layak Mendapat Cinta Lain Berbanding Hubungan Ketika Ini.

 

Apabila melibatkan diri dalam perhubungan ini, itu bukan satu jaminan yang dirinya itu adalah jodoh anda yang sebenar. Banyak sahaja orang yang jalinkan perhubungan cinta tetapi tidak mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin. Ia bukan apa, perhubungan cinta ini seumpama sesi perkenalan sahaja bersama pasangan, berkenalan belum tentu serasi bersama bahkan ia belum tentu jodoh anda.



Jangan terlalu taksub dengan cinta sehinggakan anda tidak melihat sedikit pun keburukkan dirinya. Apabila anda rasa tidak yakin terhadap perhubungan yang dibina, adalah lebih baik anda lepaskan diri dari perhubungan itu berbanding anda terpaksa memakan hati. Jom ketahui empat tanda bahawa anda layak memperolehi seseorang yang lebih baik berbanding orang yang bersama anda ketika ini.

1. Selalu menangis.

Apabila dalam hubungan itu terlalu banyak anda mengalir air mata kerana terluka serta rasa tidak dihargai, itu adalah salah satu tanda darinya. Hubungan cinta itu seharusnya membahagiakan bukannya melukakan hati anda. dalam perhubungan ini, setiap masalah perlu dikongsi dan dibincang bersama. Bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain. Bahkan ia juga bukan sebelah pihak sahaja yang perlu menanggung semuanya.

2. Anda lebih banyak memberi.

Dalam hubungan ini, semua perkara perlu lah sama-sama adil dan bukannya ditanggung oleh sebelah pihak sahaja. Anda atau dirinya tidak boleh terlalu banyak memberi, ia sepatutnya bertindak sama rata sahaja. Jika anda terlibat dengan hubungan yang menyebabkan salah anda sahaja Nampak bahkan diri anda sahaja yang perlu mengalah, ia bukan lah hubungan yang sihat. Hubungan yang sihat perlu saling bertolak ansur bukannya berat sebelah.



3. Rasa bukan diri anda.

Menjadi diri sendiri sudah pasti lah menyeronokkan. Tapi apabila terpaksa menjadi orang lain dan berpura-pura menjadi bukan diri kita ini pasti meletihkan. Banyak yang anda lakukan bukan berdasarkan kemahuan anda tetapi lebih kepada mengikuti segala kemahuan pasangan anda. Anda juga tidak gembira melakukan itu.

4. Anda selalu memaksa diri anda.

Anda sering memaksa diri anda menjadi seseorang yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh anda selalu sahaja katakan seperti berikut “aku harus lebih memahami” atau “aku harus lebih sabar, dirinya akan berubah nanti.” Semua itu hanya memaksa anda untuk terus bertahan atas perkara-perkara yang melukakan hati anda sahaja.

Tanda-tanda seperti ini menandakan bahawa anda bukan berada dalam satu hubungan yang sihat tetapi adalah hubungan yang membuat anda terluka sahaja. Daripada terus membuat diri anda tersiksa, adalah lebih baik anda mencari seseorang yang membahagiakan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,006 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen