Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Apabila Berjumpa Dengan Bakal Ibu Mertua.

 

Siapa sahaja yang tidak gementar apabila berjumpa dengan ibu pasangan, tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya pasti gelisah tidak senang duduk. Persepsi pertama adalah penting kerana pandangan orang tua ini amat berbeza dengan pandangan orang muda. Mereka lebih memikir ke arah yang lebih jauh seperti bolehkah anda hidup dengan anaknya kelak, setelah berumah tangga.

Jadi, sematkan dalam fikiran anda! Apabila pasangan ingin membawa anda berjumpa dengan ahli keluarganya, terutamanya ibunya sendiri ELAKKAN LAH MELAKUKAN 5 PERKARA INI

1. Memuji yang tidak masuk akal.

Khusus untuk lelaki, memang tidak dinafikan anda jatuh cinta pada anak perempuannya kerana paras rupanya yang cantik. Jadi, tidak hairanlah ibunya juga cantik. Namun, jangan pula memuji dengan berlebih-lebihan seperti “Patutlah (nama kekasih) cantik, maknya cantik bagaikan bidadari…

Eh, terkejut pula nanti pasangan anda apabila mendengarnya. Ni nak pikat anak ke? Pikat ibunya? Jadilah diri sendiri, memang tidak dapat disangkal anda terlalu gementar, tetapi fikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata tersebut.

2. Jangan terlalu ringan mulut.

Pasangan pun tahu anda memang seorang mulut yang becok dan mudah ramah. Tetapi jangan pula terus menceritakan kisah peribadi, walaupun belum disoal lagi. Tunggu sehingga bakal ibu mertua bertanya soalan-soalan yang peribadi seperti pekerjaan sendiri atau pekerjaan ibu bapa.

Anda perlu tahu, pekerjaan ibu bapa adalah soalan atau isu yang agak sensitif untuk dibicarakan. Seperti yang dibincangkan, pandangan orang tua ini berbeza, jika anda terus memberitahu ibu bapa anda tidak bekerja, pasti ibu mertua akan mengandaikan sesuatu yang buruk.

Dan jika anda memberitahu ibu bapa masih bekerja, kemungkinan besar ibu mertua akan mengandaikan anda ini anak manja, dan mampukah untuk menanggung anaknya kelak. Yang pasti, kita perlu berhati-hati.

3. Jangan mengkritik makanan yang dimasak.

Sudah lah ini kali pertama berjumpa dengan bakal ibu mertua, tiba-tiba mahu mengkritik rasa dan resipi masakan yang dijamah. Jaga hati orang tua pasangan, seperti mana anda menjaga hati dan perasaan ibu bapa anda sendiri. Jika benar masakan tersebut terlebih masin atau pedas, minum sedikit air.

Jika ibu mertua bertanyakan tentang masakan tersebut, jawap sahaja sedap. Jangan pandai-pandai jadi master chef pula, walau ditanya tentang masakannya.

4. Jangan terlalu yakin bahawa anda amat sesuai dengan anaknya.

“Tiada siapa yang serasi dengan dia, selain diri saya…”

Amboi, konfidennya. Terkejut ibu mertua mendengarnya nanti. Jangan terlalu yakin untuk berkata-kata begitu, ini menunjukkan anda terlalu obsess dengan anaknya. Dan sudah pasti ibu mertua akan memikirkan, kenapa anda berkata-kata begitu. Adakah ada sesuatu yang buruk atau sikap teruk tentang pasangan atau diri anda sendiri yang mahu disorok?

Jangan sesekali pun membuat ibu mertua anda boleh membuat andaian yang buruk berkenaan diri anda mahupun pasangan.

5. Meminta jawapan yang tidak pasti.

Seperti “Makcik bersetuju dengan hubungan kami tak?”….

Anda seperti mendesak ibu mertua untuk approve diri anda menerima sebagai anak menantunya. Malah, soalan sebegitu seperti memaksa. Jangan memberi soalan, yang sukar ibu mertua untuk menjawab pasa masa itu juga. Jika pada awal perkenalan sudah memaksa, bagaimana ibu mertua nak bagi green light?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen