“Tidak Lagi Meminta Putus Apabila Bergaduh” Adalah Salah Satu Tanda Hubungan Pada Tahap Yang Stabil.

 

Setiap pasangan mahukan hubungan stabil kerana siapa sahaja yang mahu hubungan yang berantakan. Hubungan sebegini juga dianggap matang, dan kalian berdua seperti sudah memahami antara satu sama lain. Kalian berdua bukanlah tidak pernah bergaduh, tetapi jarang bergaduh yang menandakan hubungan tersebut memerlukan pengorbanan.

Jom lihat tanda-tanda hubungan anda dengan pasangan pada tahap yang stabil....

1. Anda berdua dapat menerima antara satu sama lain.

Anda berdua bukan sahaja dapat menerima kelebihan masing-masing, malah dapat juga menerima kekurangan diantara kalian berdua. Percintaan anda berdua sudah pada tahap realiti, dimana jika ia dalam fantasi, semua kekurangan pasangan anda hanya menutup mata sahaja, kerana telah dibutakan dengan cinta.

Tetapi kali ini tidak. Kekurangan antara kalian berdua itulah tanda saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan sahaja mahukan hubungan yang sentiasa MANIS, malah PAHIT juga boleh ditelan.

2. Anda berdua amat memahami antara satu sama lain.

Apabila kita memahami pasangan, sudah tentu kita akan faham setiap perkara yang disukai dan dibenci. Anda hanya akan melakukan setiap perkara yang pasangan suka malah sedaya upaya untuk mengelak perkara yang si dia benci. Oleh kerana itu, jika orang luar melihat, kalian seperti tidak pernah bergaduh.

Bukannya LANGSUNG tiada berbeza pendapat, tetapi semua masalah dapat diselesaikan dengan aman dan damai.

3. Anda berdua mengamalkan konsep ‘BIG NO TO BREAK UP’.

Setiap pergaduhan yang berlaku, anda berdua sedaya upaya tidak menyebut tentang PERPISAHAN, kerana mahukan hubungan yang BERKEKALAN. Kerana bagi anda, menyebut perkatan tersebut adalah taboo untuk setiap hubungan. Berkata-kata negatif akan membuatkan atau menarik aura negatif ke arah hubungan kalian berdua.

BACA:  Jika Mahukan Hubungan Yang Berkekalan, Jangan Sesekali Sebut Tentang Perpisahan.

4. Anda berdua bersetuju walaupun berbeza pendapat.

Anda berdua juga mengamalkan, setiap pendapat itu tiada yang SALAH kerana setiap pendapat manusia itu berbeza-berbeza. Ia bergantung bagaimana cara kalian berdua mengatasi dan menyelesaikan pendapat tersebut. Oleh kerana itu, anda dengan pasangan sangat memahami antara satu sama lain.

Apabila mempunyai sedikit perbezaan, tidak salah pun untuk berbincang, dan tiada guna untuk melempiaskan amarah.

5. Anda berdua mempunyai alasan yang kukuh mencintai antara satu sama lain.

Jika anda bertanyakan pada kanak-kanak kecil, apa yang membuatkan kanak-kanak itu suka pada seseorang, sama ada sebab cantik atau kacak, kan? Jadi, adakah anda dengan pasangan mempunyai jawapan yang sama seperti kanak-kanak tersebut? Hanya mencintai kerana paras rupa sahaja?

Jika anda berdua mencintai kerana kebaikan dalaman yang dimiliki oleh pasangan sebagai contoh, pasangan seorang yang baik, sentiasa memberi nasihat, menerima kekurangan diri, anda berasa tenang bersama dirinya, ini menunjukkan hubungan kalian sudah pada tahap yang stabil.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,712 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen