Anda Beruntung Jika Memiliki Teman Wanita Yang ‘Happy-Go-Lucky’ Kerana 5 Sebab Ini.

 

Memiliki pasangan yang sentiasa ada untuk diri anda, sudah tentu akan merasa sangat bahagia, apatah lagi jika memiliki pasangan yang happy-go-lucky pasti bertambah gembira. Ini kerana pasangan yang memiliki sifat begini pandai untuk menceriakan suasana. Jika suasana yang muram, pasti si dia dapat meriahkan suasana tersebut. Siapa sahaja yang tidak suka, kan?

Jom ketahui antara sebab anda beruntung memiliki pasangan yang happy-go-lucky ini…

1. Nasihatnya kadang-kala bermotivasi.

Insan yang ceria bukan bermaksud mereka tidak pernah berduka, cuma mereka tahu untuk mencari perkara-perkara positif supaya dapat memberikan mereka tenaga. Apabila mereka seolah-olah telah ‘sedut’ aura positif tersebut, sudah tentu apabila anda mempunyai masalah, si dia tahu untuk memberi kata-kata atau nasihat yang bermotivasi.

Boleh dikatakan, anda merasakan si dia adalah seorang kaunselor yang hebat bagi anda.

2. Sentiasa memberi aura positif.

Seperti point nombor satu, si dia tahu untuk mengambil aura positif mungkin melalui bahan bacaan yang di baca, muzik yang selalu di dengar atau pemandangan yang selalu dilihat. Apabila si dia sentiasa menerima aura positif, pasti si dia tidak mahu ‘menggunakan’ aura tersebut keseorangan, lalu disalurkan kepada anda.

Anda merasakan apabila berada di sisi si dia, sukar untuk melihat sisi negatifnya. Apa yang anda lihat cuma sisi positif sahaja. Si dia juga tidak pernah mengalah.

3. Tidak membuat anda rasa cepat bosan.

Teman wanita yang happy-go-lucky juga sukar untuk membuat anda berasa bosan kerana keletahnya yang sentiasa mencuit hati anda. Si dia tahu untuk membuat hati anda gembira walau di mana sahaja kalian berdua berada. Isu yang sering dibualkan juga menarik, dan kadang-kala lucu. Si dia juga tahu untuk membuat anda tertawa ketika bersedih.

Tidak lah anda cepat berasa bosan.

4. Senang diajak ke mana-mana sahaja dan melakukan apa-apa aktiviti.

Wanita jenis ini juga mudah dibawa kemana-mana sahaja tanpa merungut. Mereka menerima setiap pelawaan anda dengan wajah yang ceria, dan tahu untuk menceriakan suasana. Kadang-kala ada wanita buntu, apabila teman lelaki mereka membawa ke tempat-tempat yang asing bagi mereka, contohnya seperti perlawanan bola sepak, tournament kereta atau motor dan seumpama dengannya.

Tetapi dengan wanita jenis ini, si dia tidak kisah melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangan. Oleh sebab itu pasangan sukar bosan dengan wanita jenis ini.

5. Apabila berkongsi kesedihan, anda akan rasa seperti orang yang teristimewa.

Disebabkan si dia ini mempunyai aura positif, dan tahu memberi kata-kata motivasi dan nasihat seperti kaunselor, anda berasa sangat istimewa di sisinya. Setiap kesedihan anda, pasti si dia tahu untuk membuat anda gembira. Dan apabila mempunyai masalah, si dia tahu untuk memberi solusi.

Jika anda memiliki teman wanita seperti ini, jangan lepaskan mereka!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen