“Ingin Buat Teman Lelaki Bahagia Dan Tersenyum Sepanjang Hari…” Mari Lakukan Perkara Ini.

 

Menjalani hubungan yang baik sudah pasti impian setiap orang. Sebagai seorang lelaki yang kelihatan kuat dan gagah di laur itu bukan bermakna di dalamnya tiada yang lembut. Sudah pasti dirinya mahu tunjukkan bahawa dia sangat tegas serta mampu melindungi diri anda tetapi di dalamnya sudah pasti dia juga iingin dimanja seperti seorang wanita.

Tidak susah untuk membuat si lelaki yang keras diluaran ini kelihatan tersenyum sepanjang hari kerana anda berjaya menambat hatinya. Mari ikuti perkara mudah yang untuk pikat hati mereka ini.



1. Berikan perhatian.

Setiap manusia telah dicipta dengan hati dan perasaan. Seorang lelaki juga manusia yang juga mempunyai perasaan. Ketika dirinya berasa sedih dan menginginkan sesuatu, mereka akan melakukannya sendiri. Walau bagaimanapun, sebagai pasangannya, anda juga perlu memberi perhatian kepada mereka. Percayalah, walaupun perhatian yang sedikit akan memberi kesan yang baik terhadap hubungan anda .

Sebagai contoh, cuba ambil tahu apa yang dirinya mahu makanan pada hari itu. Atau cuba perhatian dirinya sekiranya ia menunjukkan bahawa dirinya mempunyai masalah. Cuba cari tahu untuk melegakan perkara yang terbuku di hatinya.

2. Bercakap dengan lembut dan sopan.

Biasanya kita akan mudah menengking pasangan apabila dirinya begitu mengganggu. Tetapi cuba untuk menegurnya dengan kata-kata yang lembut. Sebagai seorang wanita mesti mempunyai kata-kata yang baik dan sopan. Apabila anda bercakap dengan pasangan, hati mereka akan mencair apabila mendengar suara anda dan ucapan anda sangat lembut dan selesa untuk didengar. Dan lelaki akan lebih menghargai wanita yang mempunyai ihsan, terutama dari segi kata-kata.

3. Memberinya sokongan.

Kadang-kadang hobi anda dan dirinya adalah sangat berbeza. Namun begitu, ia bukan lah satu perkara yang menghalang anda untuk menyokong dirinya melakukan apa yang disukai. Apa yang selalu membuatkan setiap pasangan bergaduh kerana mereka tidak menyukai aktiviti yang pasangan mereka lakukan. Pada masa ini, cuba menyokongnya, berikan dia sokongan dan perhatian semasa dia menjalani aktiviti tersebut. Dengan cara itu dia akan berasa gembira kerana perkara-perkara yang dia lakukan disokong oleh pasangannya.



4. Masakkan makanan kegemarannya.

Benar atau tidak, seorang lelaki pasti akan lebih suka mempunyai pasangan yang pandai memasak. Terutama bagi mereka yang boleh membuat makanan kegemaran pasangan mereka, ia
adalah satu kelebihan. Oleh itu, apabila anda berada di rumah atau bercuti panjang cuba untuk memasak makanan kegemarannya dengan hasil air tangan anda sendiri. Dengan cara itu dia akan lebih selesa dan gembira dengan usaha yang anda tunjukkan.

5. Berikan hadiah.

Semua orang akan berasa gembira apabila diberi hadiah. Begitu juga dengan seorang lelaki, apabila dia mendapat hadiah, dia akan merasakan bahawa dia adalah orang yang istimewa. Oleh itu, cuba sesekali memberi pasnagan anda kejutan dengan memberikan dirinya hadiah yang disukainya. Sudah tentu ia akan menambah kesan romantik dalam hubungan anda.

Tidak salah sekiranya sekali sekala wanita memainkan peranan yang romantik untuk memikat hati pasangan mereka. Jadi layani mereka seperti anda mahu diri anda dilayani sebegitu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen