Mencari Jodoh Untuk Terus Berkahwin, Bukannya Untuk Main-Main.

 

Apabila kita bercinta dengan pasangan, adakah kita bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan dirinya? Apakah perkara pertama yang anda fikirkan sebelum ingin menyunting hatinya menjadi teman anda?

Jadikan lah percintaan anda itu bermanfaat. Jadikanlah percintaan anda itu matang.

Dengan cara yang bagaimana untuk membuat percintaan itu bermanfaat dan matang? Apabila seorang lelaki mahu berkenalan dengan seorang perempuan, teruskan memberitahu hajat untuk berkahwin, bukannya untuk keseronokan semata-mata.

Bukan sahaja pada lelaki, kaum wanita juga perlu berterus-terang pada awal perkenalan bahawa hubungan tersebut mahu terus ke jinjang pelamin. Jika anda berterus-terang, anda akan dijauhi dengan lelaki-lelaki yang mahu mengambil kesempatan untuk anda. Tekankan niat anda tersebut.

Memang pada mulanya anda akan merasakan, tiada lelaki mahu mendekati kerana seolah-olah niat yang terburu-buru. Yakinlah pada Allah SWT. Jika anda benar-benar mahu mencari jodoh, dan memurnikan niat dengan terus bernikah, dengan izin-Nya, Allah akan menghantar jodoh sama niatnya seperti kita.

Apabila sudah berkenalan dengan seseorang, terangkan niat anda untuk bertunang. Dalam tempoh pertunangan ini boleh dikatakan tempoh Ta’aruf. Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik pasangan kita. Dalam Islam, memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.

Semasa tempoh pertunangan ini juga untuk memastikan sama ada kita sesuai atau tidak dengan si dia. Adakah si dia benar jodoh kita atau pun tidak? Ketika inilah lakukan solat Istikharah, untuk meminta bantuan daripada Allah. Jika sesuai, teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak, putuskan tali pertunangan itu dengan baik.

KERANA ITU ADANYA TEMPOH PERTUNANGAN, KERANA MAHU MENGENALI JODOH DENGAN CARA YANG BETUL.

Selain daripada itu, ketika bertunang lah anda boleh menjaga batas pergaulan, dan jika mahu keluar bersama pun atas urusan persiapan perkahwinan.  Pada saat ini ada juga perlulah berpakaian sopan dan menutup aurat, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu.

Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenal pasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.

Jangan malu jika anda mengalami situasi ‘Putus Tunang’ kerana Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah menghebahkan hal pertunangan kita itu kepada orang ramai. Bertunanglah secara diam-diam. Bukannya membuat pelamin dan memasang khemah yang banyak seperti mahu bernikah.

Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jadi, jangan berputus asa dalam mencari jodoh ini. Dan anggap setiap pencarian jodoh itu adalah untuk ke arah berumah tangga, bukannya main-main sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen