Bagaimana Nak Ke Jinjang Pelamin Sekiranya Masih Lakukan 4 Perkara Ini Dalam Perhubungan…

 

Perhubungan itu sememangnya memerlukan perjuang yang kuat dari kedua-dua orang. Jika salah seorang sahaja yang bersungguh-sungguh ia membuang masa sahaja. Dalam perhubungan ini sudah pasti ada perselisihan faham, serta pertengakaran. Terutama jika tujuan perhubungan itu terbina kerana masing-masing ingin percintaan berakhir dijinjang pelamin.

Sekiranya dua orang saling bercinta dalam satu perhubungan ini, pastinya mereka akan sentiasa mencari penyelesaian dalam setiap perjuangan yang berlaku. Tetapi jika salah seorang melakukan 4 perkara ini dalam perhubungan, bagaimana hubungan tersebut mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin.



1. Sikit-sikit minta putus apabila bergaduh.

Dalam setiap pergaduhan yang terjadi, maka akan terkeluar lah dari mulut salah seorang “dahla, putus aje lah”. Padahal berpisah dalam keadaan yang masih betengkar serta tidak menjumpai jalan penyelesian itu bukanlah satu perkara yang baik. Mana tidaknya masing-masing masih menyimpan perasaan marah antara satu sama lain.

Jika setiap pergaduhan ia menyatakan kata putus, itu bermakna dirinya masih keanak-anakkan. Mana tidaknya, jika bersifat matang, sudah pastinya kalian akan berjuang untuk mencari penyelesaian dalam perkara tersebut. Bukannya, melarikan diri dari masalah itu.

2. Selalu tidak mahu mengaku salah.

Apabila setiap kali bergaduh darinya suka memutar belitkan segala fakta dan kenyataan itu bermakna dirinya tidak mahu mengaku salah tersebut, walaupun sudah jelas bahawa dirinya yang bersalah. Bahkan dirinya selalu mencari salah anda. Sekiranya dia memohon maaf, tetap sahaja dia akan menyatakan bahawa anda yang bersalah dalam hal tersebut. Pasangan seperti ini biasanya lebih mementingkan diri serta mempunyai ego yang tinggi.



3. Mahu ikut segala katanya, tetapi dia sendiri tidak mahu dengar kata anda.

Dirinya menyediakan pelbagai aturan yang perlu anda ikut, katanya demi kebahagiaan hubungan yang dibina. tetapi akhirnya, dia sendiri yang melanggar apa yang telah dia katakan dan aturkan. Dia akan marah jika anda melanggar apa yang telah dijanji tetapi dirinya yang tidak patuhi tak mengapa. Sudah jelas kelihatan bahawa dirinya hanya mahu anda turut segala kemahuannya.

4. Banyak berdiam diri setiap kali bergaduh.

Mengabaikan anda, atau mematikan telefon bimbit, itu lah yang akan berlaku apabila anda dan dirinya hadapi pergaduhan. Dirinya tidak akan cuba untuk hadapi masalah tersebut tetapi hanya membiarkan anda tercari-cari silapnya. Anda sentiasa berharap dirinya akan berbincang dengan baik dalam segala masalah yang timbul tetapi harapan tinggal harapan sahaja.

Dalam ketika ini, jika anda melihat pasangan anda mempunyai perkara seperti ini, maka adalah lebih elok jika anda menjauhkan diri darinya. Mana tidaknya, dia masih belum bersedia untuk membina rumah tangga yang sememangnya penuh dengan perjuangan serta dugaan itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen