3 Sebab Utama Wanita Perlu Hati-Hati Dengan Lelaki Yang Terlalu Mudah Mengungkapkan I Love You.

 

Lelaki yang mudah mengungkapkan kata cinta ini walaupun baru berkenalan sering digelar sweet talker oleh kaum wanita. Ada juga sebahagian daripada wanita mudah terjerat dengan kata-kata cinta ini dan akhirnya menjadi mangsa dalam percintaan.

Jom ketahui antara sebab-sebab wanita perlu berhati-hati…

1. Lelaki ini jenis terburu-buru.

Apabila terlalu terburu-buru untuk serius dalam hubungan, sudah tentu terburu-buru mengungkapkan kata-kata cinta juga. Lelaki perlu tahu tidak semua wanita suka terburu-buru untuk mempunyai hubungan cinta, kerana cinta bukan misi utama dalam hidupnya.

Jika anda tersilap langkah memberi cinta, malah mengungkap kata-kata I love you pada orang yang salah, sudah tentu cinta anda akan ditolak. Wanita perlu berhati-hati kerana khuatir lelaki jenis ini akan membuat anda sebagai ‘rebound’ sahaja. (Mencari kekasih baru untuk membuat bekas kekasih cemburu)

2. Alasannya untuk memujuk wanita.

Lelaki sweet talker ini mudah mengungkapkan I Love You ketika mahu memujuk wanita sahaja. Kerana mereka tahu wanita akan lemah dan cair apabila ungkapan cinta itu disebut. Jadi, ia adalah salah satu taktik licik mereka untuk mengumpan cinta anda. Malah mereka juga tahu, dengan ungkapan itu sahaja akan membuat wanita di awing-awangan.

3. Untuk menjerat wanita tersebut.

Kadang-kala lelaki ini mempunyai taktik tersendiri untuk menjerat wanita. Mereka mahu menjerat wanita untuk masuk dalam umpannya sendiri, malah untuk kepentingan dirinya sahaja seperti mahukan duit tambahan. Namun, perkara yang wanita perlu takut adalah, lelaki ini menjerat wanita untuk kepuasan nafsu seksualnya sahaja. Jadi, berhati-hati!

Mungkin lelaki ini akan mengatakan mereka sanggup bertanggung jawab atas apa sahaja perkara yang diminta oleh wanita tersebut. Tetapi pada pengakhirannya, wanita akan ditinggalkan terkontang-kanting bersendirian. Malu dengan diri sendiri, dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pertolongan.

Jadu, pada wanita di luar sana berhati-hati dan jangan sesekali mudah sangat terjerat dengan kata-kata cinta lelaki. Jika anda mahu mengetahui lelaki itu serius untuk menjalinkan hubungan atau tidak, selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut.

Dan jika anda rasa seperti ada sahaja yang tidak kena pada lelaki tersebut, percaya lah pada naluri hati anda sendiri. Jangan lah memberi alasan, semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri. Lelaki yang serius juga akan bertindak selari dengan kemampuan diri, jika mereka sedar tidak boleh setia, sudah tentu mereka tidak akan mendekati wanita tersebut.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,846 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen