Mengapa Lelaki Sukakan Wanita Yang Lebih Tua? Jom Ketahuinya.

 

Selalunya kita dengar wanita sahaja yang suka memilih lelaki yang lebih berusia berbanding umur mereka. Tetapi ada juga lelaki yang memilih wanita yang lebih berusia darinya sebagai seorang suri di hatinya. Tidak ramai tetapi ada sahaja. Sudah pasti mereka mempunyai sebab yang kuat mengapa mereka milih wanita yang sebegini.



Bukan itu sahaja, tarikan wanita yang sedikit berumur ini dikatakan lebih memikat kerana terdapat aura yang tersendiri berbanding wanita yang sebaya.

1. Wanita seperti ini dikatakan kelihatan lebih matang berbanding wanita yang sebaya. Hal ini kerana, daya pemikiran mereka serta sikap mereka yang baik dalam mengawal perhubungan menjadikan mereka ini lebih menjadi pilihan. Malah mereka ini dikatakn lebih mudah untuk ditangani tidak seperti wanita sebaya yang dikatakan lebih mudah untuk marah dan merajuk. Mereka juga dikatakan mampu mengawal masa serta kehidupan dengan baik. Jadi sudah tentu lah mereka ini mampu melakukan kerja rumah dengan baik juga.

2. Lelaki mahukan wanita yang memahami serta memberinya sokong tidak kira lah dikala susah mahupun senang. Jadi wanita seperti ini dikatakan lebih mudah untuk memahami pasangan mereka. Mana tidaknya, dalam setiap hal, wanita ini akan lebih bijak mengendalikan dan mengambil hati jika hendak dibandingkan wanita sebaya yang dikatakan lebih suka merunggut dalam setiap hal. Sudah tentu lah lelaki mahukan wanita yang menyenangkan hati mereka bukannya yang memeningkan kepala mereka.



3. Bukan hanya wanita sahaja yang suka dimanja, lelaki juga suka dibelai dan dimanja. Jadi jika seorang lelaki lebih memilih wanita yang sedikit berusia ini sudah tentu lah mereka ini lebih mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Di mana ia suka dimanja dan akan memanjakan pasangannya. Sikap seperti ini banyak membantu seorang lelaki untuk menjalani hari-hari yang tenang. Mana tidaknya, jika melayani manja sebelah pihak sahaja sudah tentu penat, jadi sekali sekala mahu juga dimanja oleh pasangan sendiri.

4. Apa yang paling disukai oleh orang lelaki akan wanita ini adalah sikapnya yang lebih mudah untuk bertolak ansur dalam segala hal. Mereka dapat menyampaikan sesuatu yang baik serta tidak bermain tarik tali dalam sesuatu perkara. Dia juga lebih mudah untuk diajak berbincang dan mencapai kata persetujuan yang lebih adil untuk kedua belah pihak.

Jadi, lelaki yang memilih wanita seperti ini sudah tentulah lelaki yang sukakan wanita yang matang dalam segala hal. Bahkan, dirinya memilih wanita ini kerana tahu banyak kelebihan yang bakal dirinya perolehi dalam perhubungan tersebut.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,861 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen