Antara Ciri-Ciri Peribadi Wanita Yang Lelaki Fikir 2 Kali Untuk Dijadikan Sebagai Bakal Isteri.

 

Kebiasaannya lelaki memang mudah tertarik pada luaran seorang wanita. Kecantikan wanita itu terpulang pada setiap individu yang memandang. Ada sahaja lelaki yang merasakan wanita A itu cantik, tetapi tidak pula dari pandangan lelaki lain. Namun dari kecantikan tersebut, apabila sudah mengenali dengan lebih dekat dan secara peribadi, ada pula yang tidak berkenan pada hati mereka…

Apakah ciri-ciri peribadi tersebut? Jom kita ketahuinya…

1. Tiada keyakinan diri.

Seperti Allah SWT berfirman;

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran: 139)

Lelaki tidak kisah jika wanita itu adalah seorang yang pemalu, tetapi lelaki agak rimas dengan wanita yang tidak percaya dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri, malah tiada pula sifat positif. Jika benar seorang wanita Islam itu bersyukur dengan apa yang telah dikurnia oleh Allah SWT pada dirinya, sudah tentu akan ada perasaan yakin pada diri, dan tidak terlalu mengkutuk atau mengkritik diri sendiri.

Sebagai contoh terlalu insecure dengan kecantikan diri sendiri, padahal setiap lelaki memandang kecantikan dengan sudut berbeza.

Kerana setiap wanita itu mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Seperti setiap bunga yang dicipta oleh Ilahi walaupun berbeza tetapi ada kecantikan tersendiri, bunga mawar, bunga matahari, bunga orkid, bunga raya, walau bunga kertas sekalipun dicipta dengan indah sekali. Memang nampak renek, tetapi jika dijaga dengan baik, pasti akan menghasilkan bunga yang banyak.

Jadi, anda bunga yang mana?

2. Terlalu cepat marah dan melenting.

Jika wanita tidak suka dengan lelaki kaki pukul dan panas baran, begitu juga dengan kaum lelaki. Mereka juga tidak suka dengan kaum wanita yang tidak boleh dibawa berbincang langsung. Malah tidak boleh diusik dan bergurau. Salah usik atau cakap sedikit pun dia sudah mahu meletup seperti letusan gunung berapi.

Sikap wanita sebegini membuatkan para lelaki cepat berasa jemu. Lelaki juga memerlukan pasanganyang matang ketika berbual atau berbicara. Dan juga lelaki memerlukan seorang wanita yang bijak mengawal emosi sendiri, supaya mereka berasa kagum dan mahu mendekati anda dengan lebih dekat.

“Sikit-sikit nak marah, chill laaa…”

3. Tingkah laku yang kasar.

Lelaki suka wanita yang berdikari, tetapi bukanlah seorang yang kasar. Sudahlah kasar, garang pula. Ya, wanita zaman sekarang bertindak kasar dan garang kerana tidak mahu dilukai oleh kaum lelaki. Malah ingin melindungi diri dari dikasari oleh kaum lelaki ini.

Jika wanita ini terlalu dingin sahaja, sudah tentu tidak ramai lelaki mahu mendekati dengan diri anda. Tidak salah untuk berhati-hati apabila berkenalan dengan mana-mana lelaki, tetapi ‘first impression’ itu kadang-kala amat penting.

“Cantik, tapi kasar sangat…”

Ubahlah diri anda menjadi yang terbaik agar diri anda mudah disenangi oleh para lelaki. Ini bukan bermakna anda harus berubah menjadi orang lain tetapi berubah ke arah yang lebih baik demi kepentingan diri sendiri.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen