Bergaduh Bukan Kerana Benci Tetapi Cara Untuk Kenal Hati Budi Pasangan Anda.

 

Sering kali kita beranggapan kerap bergaduh itu adalah salah satu punca kita dan pasangan tidak mempunyai sefahaman dan keserasian bersama. Sudah nama pun perhubungan, jadi ia pasti ada pasangan surutnya dan tidak akan berbahagia yang berpanjangan. Jika kalian sentiasa berbahagia dan tiada salah faham mungkin itu adalah satu kelebihan yang anda perolehi. Dan perkara itu perlu anda syukuri.



Hal ini kerana, tidak semua orang mampu menjalinkan perhubungan tanpa berlaku salah faham dan pergaduhan. Namun begitu, pergaduhan ini dikatakan sesi mengenal hati budi pasangan dengan cara lebih mendalam. Bahkan ia juga dikatakan mampu mengeratkan perhubungan yang dibina itu.

Dalam perhubungan, pergaduhan ini dikatakan sebagai rencah untuk mencapai satu kebahagiaan. Tiada ada pasangan yang akan lari satu pergaduhan, tidak kira lah ia pergaduhan yang kecil ataupun tidak. Dugaan serta ujian akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tidak kira lah ia bermula dari pihak anda ataupun si dia. Sebelum anda mempunyai niat untuk jalinkan perhubungan, anda seharusnya bersedia akan perkara ini. Jangan hanya kerana pergaduhan yang remeh anda sudah beralah terhadap hubungan yang dibina.

Pasti ada sebab dan punca mengapa pergaduhan berlaku dalam hubungan kalian. Bak kata pepatah, kalau tak ada angin pasti pokok tidak akan bergoyang. Jadi cari balik di mana silap dan punca sehinggakan tercetusnya pergaduhan itu berlaku. Jangan hanya tahu menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain, adalah lebih baik sama-sama saling memperbaiki silap tersebut.



Jika mahukan hubungan berkekalan, anda dan pasangan perlu saling memperbaiki diri. Baik diri anda, dirinya mahupun perhubungan ia tidak akan begitu sempurna seperti yang kalian harapkan. Pergaduhan ini hadir kerana ingin menguji kekuatan hubungan tersebut. Jadi apa salahnya jika masing-masing saling memperbaiki diri serta menegur untuk kebaikan. Mungkin hari ini silap dirinya mana tahu besok lusa silap diri kita pula. Jangan terlalu ikutkan perasaan serta ego yang menguasai diri itu.

Tidak lupa juga, sentiasa buka hati untuk memaafkan pasangan kita. Manusia ini tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Jadi jika anda inginkan perhubungan itu mampu bertahan maka jangan malu untuk memohon maaf serta memaafkan. Membuat silap itu manusia, memberi kemaafan itu adalah kemanusiaan.

Jadi jangan merasakan pergaduhan itu berlaku kerana timbulnya perasaan benci terhadap pasangan tetapi ia adalah salah satu cara untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi. Jangan pernah mengalah terhadap pergaduhan yang timbul tetapi cuba perbaiki diri kalian agar lebih bijak menagani pergaduhan tersebut.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen