Wanita, Mari Ketahui 4 Taktik Lelaki Menguji Tahap Cinta Anda Terhadap Dirinya.

 

Dalam mencari pasangan hidup yang bakal menjadi bidadari di sisinya serta ibu kepada anak-anaknya, sudah pasti orang lelaki ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bukti kasih dan cinta pasangannya itu. Walaupun sudah beribu kali kata cinta dan sayang itu sudah diucapkan, tetapi itu masih belum mecukupi buat seorang lelaki yang benar-benar serius dalam mencari pasangan. Setiap wanita yang hadir untuk menjadi pasangannya sudah pasti akan diberikan sedikit ujian untuk menguji perasaan wanita tersebut.



Tetapi sebagai seorang wanita, bagaimana dirinya ingin mengetahui bahawa dia sedang diuji? Dan bagaimana seorang lelaki itu menguji pasangannya. Terdapat beberapa perkara yang wanita boleh tahu bahawa dirinya itu sedang diuji. Mari ketahuinya.

1. Menguji tahap materialistik anda.

Perkara yang paling utama yang dilihat oleh seorang lelaki terhadap pasangannya ialah tahap kebendaan anda. Di mana dirinya ingin tahu bahawa jika anda ini sangat mementingkan kewangan dan kekayaan ataupun tidak. Mana tidaknya, dirinya mencari seseorang yang sanggup bersusah senang bersamanya. Mana tahu satu hari nanti dirinya akan hadapi kesusahan, masa itu lah dirinya perlukan pasangan yang menyokongnya. Boleh jadi dirinya itu akan menguji anda melalui pemberian hadiah yang murah serta membawa anda ke tempat makan yang murah. Jadi hati-hati bila diuji sebegini.

2. Menguji tahap cemburu anda.

Mungkin dirinya sudah tahu yang anda ini seorang yang cemburu. Tetapi dirinya tidak tahu lagi tahap cemburu anda itu berada di tahap yang mana. Jadi sudah pasti lah dirinya ingin tahu adakah anda ini seorang yang cemburu buta ataupun tidak. Dia pasti akan cuba memuji wanita lain dihadapan anda, memperkenalkan rakan wanitanya ataupun bercerita mengenai bekas kekasihnya. Hati-hati pada ketika itu, jangan mudah melenting, dirinya hanya mahu melihat reaksi anda sahaja. Cuba bertenang dan kawal perasaan cemburu anda itu.



3. Menguji tahap kesetiaan anda.

Setiap orang mahukan pasangan yang setia, jadi pasti dirinya itu akan menguji kesetiaan anda. Bagaimana dirinya menguji kesetiaan anda? sudah tentu lah dirinya akan meminta pertolongan daripada rakannya. Dia sengaja membiarkan rakannya berkenalan lebih rapat dengan anda. Jika anda seorang yang kaki melayan, tidak mustahil dirinya akan menolak anda ketepi. Tetapi jika anda seorang yang setia dan tidak mudah melayani orang lain, sudah pasti anda menjadi pilihannya.

4. Bertanya akan bekas kekasih anda.

Perkara terakhir yang bakal dirinya lakukan adalah, bertanya menegenai bekas kekasih anda. Jika anda masih ambil tahu mengenai bekas kekasih anda sudah tentu lah anda akan kelihatan masih belum move on dari cinta lalu. Jadi lebih baik anda katakana tidak tahu jika dirinya bertanya soal ini. Itu lebih selamat bukan?

Ini adalah beberapa perkara yang lelaki akan menguji anda, tetapi bukan ini sahaja. Banyak lagi yang bakal dirinya uji selagi anda masih belum menjadi pasangannya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen